Herba Damiana dan atau Damiana Plus tidak hanya baik untuk kesihatan seksual para lelaki malah ternyata amat bagus untuk wanita. Video pengakuan jujur seorang wanita ini tentang kenapa dia berterusan mengamalkan Damiana mungkin dapat memberi gambaran yang lebih jelas kenapa para wanita di Malaysia juga perlu mengambil Damiana dalam diet harian mereka. Selamat menonton!
Damiana Meningkatkan Keinginan Seksual di Kalangan Wanita Dan Menggalakkan Kepuasan Seks Yang Maksima
Keupayaan Damiana untuk meningkatkan kesihatan seksual wanita telah lama dikaji. Saintis dari Sekolah Perubatan, University of Hawaii, membuat kajian terhadap 77 orang wanita yang berumur 21 tahun yang mahu memperbaiki fungsi dan kenikmatan seksual mereka. 34 orang daripada wanita-wanita ini mengambil persediaan makanan tambahan yang mengandungi herba Damiana, ginseng, ginkgo dan L Arginine dan 43 orang dari jumlah tersebut diberi plasebo (rawatan dummy) setiap hari.
Selepas empat minggu, lebih 73 peratus daripada wanita yang mengambil Damiana tadi melaporkan peningkatan keseluruhan dalam kehidupan seks mereka, berbanding dengan hanya 37.2 peratus saja mereka yang dalam kumpulan plasebo. Peningkatan positif telah dikesan dalam beberapa aspek termasuk keinginan dan nafsu seksual, mengatasi masalah kekeringan faraj, peningkatan kekerapan hubungan seks dan syahwat serta meningkatkan sensasi dan sensitivit klitoris/kelentit (Ito TY, Trant AS, Polan ML. J Sex Marital Ther. 2001 Oct-Dec; 27(5):541-9).
Para saintis memberi jaminan dan mengesahkan Damiana tidak mempunyai kesan ke atas estrogen hormon wanita. Ini bermakna bahawa tidak ada risiko yang berkait penggunaan Damiana mungkin menyebabkan kanser yang berkaitan dengan estrogen seperti kanser payudara (Polan ML, Hochberg RB, Trant AS, Wuh HC. J Womens Health (Larchmt) 2004 May;13(4):427-30).
Damiana juga terbukti mempunyai manfaat lain yang terbukti seperti membantu penurunan berat badan. Penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Ultrasound, Medical Centre, Charlottenlund di Denmark mendapati bahawa tumbuhan Damiana akan melambatkan pengosongan makanan dari perut. Ini bermakna wanita yang mengamalkan Damiana anda berasa sentiasa kenyang walaupun selepas makan hidangan yang kecil dan ini akan menghalang wanita itu dari terlebih makan dan ini akan menggalakkan sistem penghadaman yang baik serta mendapatkan tubuh yang lebih menarik (Andersen T, Fogh J. J Nutr Hum Diet 2001 Jun; 14 (3):. 243-50).
No comments:
Post a Comment