* ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI DI TALIAN 0146779856 SEBAGAI ALTERNATIF. * PELUANG NIAGA SEBAGAI AGEN/STOKIS COD UBAT KUAT DAMIANA PLUS/CATUABA DI KUALA LUMPUR, SELANGOR DAN NEGERI LAIN. NIKMATI KEUNTUNGAN DAN PELBAGAI FAEDAH YANG LUMAYAN.HUBUNGI 0107692468 UNTUK INFO LANJUT. * ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA. * Salam Idul Fitri Serta Maaf Zahir Dan Batin Buat Semua Yang Telah Memberi Sokongan, Istimewa Untuk Muslimin Muslimat Yang Meraikan Hari Kemenangan Setelah Berpuasa Sepanjang Ramadhan Al Mubarak. Muga Kalian Sejahtera Sentiasa Dan Ceria Disisi Keluarga * Selamat Menyambut Dan Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan Al Mubarak untuk pengunjung blog khususnya kaum muslimin dan muslimat, istimewa buat anda pelanggan Damiana, Catuaba, Maca TAE dan Gambir Emas. Terima kasih atas sokongan anda selama ini. * Pembelian Pek Basic dan Pek Classic Damiana atau Catuaba melayakkan anda mendapat Cash Rebate RM30++ untuk sebarang pembelian ulangan selanjutnya, satu cara untuk anda mendapat penjimatan lebih terhadap dua produk hot ini. Whatsapp 0107692468 untuk sebarang pertanyaan

 

Friday, May 12, 2017

MINUMAN TENAGA NITRO GUARANA + ARGININE MALATE SUPERB 100% BEBAS GULA

Minuman tenaga Nitro atau Nitro Energy Drink satu ini belum diedarkan lagi di pasaran Malaysia. Minuman yang dimaksudkan ini adalah satu satunya “instant energy booster” di Malaysia yang paling unik dan bakal menjadi minuman tenaga segera terhebat dalam pasaran tidak lama lagi untuk semua golonagn termasuk mereka yang bermasalah diabetes. Ia terhasil dari kombinasi kafien GUARANA yang dilepaskan secara perlahan melalui proses semujadi dengan pencetus NITRIC OXIDE dari ARGININE MALATE dan  AAKG yang menyumbangkan sumber tenaga tidak terhingga kepada peminumnya. Minuman ini turut diperkayakan lagi dengan beberapa Vitamin Utama serta Asid Amino. Dan paling menarik, ia adalah minuman kesihatan tenaga segera TANPA GULA MUDARAT tetapi masih mengekalkan keenakan kemanisan gula asli dari tebu (non Stevia).

Antara yang terkandung dalam Nitro Instant Energy Booster Drink ini ialah:
  • Ekstrak Guarana
  • Arginine Malate
  • AAKG – Arginine Alpha-Ketoglutarate
  • Lysine
  • Taurine
  • Niacin
  • Multi Vitamins
  • Maltitol dan Sucralose


Gambar Sekadar Hiasan


Apa Itu Guarana

Guarana ialah sejenis tumbuhan yang ditemui oleh suku Guarani yang banyak terdapat di sebahagian Venezuela dan juga negara Brazil. Tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan, termasuklah keupayaannya membakar lemak dan menambah tenaga. Ia banyak digunakan untuk tujuan seperti untuk mengurangkan berat dan menguruskan badan, mempertingkatkan prestasi athletic, sebagai perangsang tenaga serta mengurangkan keletihan mental dan fizikal serta stress. Guarana mengandungi caffeine iaitu perangsang yang juga terdapat dalam kopi, teh. Yerba mate, cola dan chocolate.

Kajian terhadap Guarana menunjukkan ia mengandungi campuran keseluruhan sebatian lain yang bertindak secara bersama dan berterusan dalam menghasilkan kandungan kafien. Ujian yang dilakukan oleh Universiti Tasmania dalam perbandingan antara Guarana, Kopi dan Yerba Mate, mendapati Guarana menghasilkan fungsi kecerdasan yang optimum serta peningkatan dalam prestasi kerja kerja mental.

Kopi hanya menghasilkan kecerdasan puncak selepas 30 ~ 45 minit dan kemudiannya akan hilang begitu saja, sebaliknya kesan Guarana masih terus berlangsung, meningkat walau pun selepas 150 minit (lebih 6 hari). Penyelidik mempercayai bahawa keberangkalian terdapat bahan bahan dalam Guarana yang mampu menangguh proses metabolism kafien atau berlakunya proses penyerapan kafien secara perlahan bagi memanjangkan tempoh keberkesanannya.


Apa Itu Nitric Oxide

Ia adalah molekul yang dihasilkan tubuh manusia untuk membantu 50 juta sel sel dalam badan berkomunikasi antara satu sama lain melalui pemindahan isyarat isyarat ke seluruh bahagian anggota badan. Nitric Oxide amat penting dalam aktiviti aktiviti selular berikut:
  • Membantu daya ingatan serta tingkah lakunya dengan pemindahan maklumat antara sel sel saraf di dalam otak
  • Membantu sistem imunisasi tubuh dalam melawan bakteria dan mempertahankan sel dari serangan tumor (barah)
  • Mengawal selia tekanan darah dengan memperkembangkan salur darah (dilating arteries)
  • Mengurangkan keradangan
  • Mempebaiki kualiti tidur
  • Mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan
  • Membantu motilitas gastrik (masalah usus)


Apa Itu Arginine Malate

Arginine adalah asid amino. Peranan dan fungsi Arginine Malate antaranya ialah seperti di bawah:
  • Fungsi utama ialah untuk tingkatkan tahap nitric oxide dalam tubuh dengan lebih  cepat, cekap serta membolehkan otot otot tubuh terbina dengan lebih pantas
  • Arginine Malate dipercayai lebih jauh stabil dan memiliki keupayaan kadar serapan lebih baik berbanding L Arginine
  • Membantu proses pemulihan tubuh dengan cepat, memperbaiki tisu tisu terjejas serta membantu membina tendon dan pembinaan otot secara lebih aktif
  • Memperbaiki kitaran kesihatan, merangsang daya tahan dan kekuatan seksual yang sihat serta memperbaiki kebolehupayaan tubuh menghantar nutien ke otot otot
  • Membantu mengeluarkan lebihan air dari dalam tubuh
  • Berkemampuan pertingkatkan sistem imun tubuh dengan menambah tahap pertumbuhan hormon serta membantu proses penyembuhan
  • Membantu atlet dan ahli bina badan atau mereka yang bekerja berat dengan peningkatan keseluruhan kekuatan untuk lebih daya tahan dan sengit untuk kesan penyudah yang maksima.


Apa Itu Arginine Alpa Ketoglutarate (AAKG)

AAKG adalah garam asid amino arginine dan asid alpha-ketoglutaric yang berperanan penting ke atas aktiviti nitric oxide dalam aliran darah. AAKG adalah “cell volumizer” yang menggalak dan mengangkut penghantaran jumlah besar nutrien ke dalam otot otot tubuh. Ia berkebolehan memperbaiki kitaran dan toleransi aktiviti fizikal sesiapa saja termasuk mereka yang bermasalah berkaitan jantung serta kencing manis (diabetes type 2) dan membantu penyembuhannya.


Apa Itu Lysine Dan Kebaikannya

Lysine adalah komponen protin protin yang amat penting serta amat diperlukan oleh tubuh manusia. Ia memainkan peranan dalam pengeluaran carnitine dan kolagen dalam tubuh. Antara khasiatnya ialah:
  • Meningkatkan pembentukan kolagen
  • Menyokong pengeluaran lain lain protin seperti enzim, antibodi serta hormon hormon.
  • Membantu menguatkan kesihatan tulang dengan meningkatkan penyerapan kalsium, mencegah osteoporosis atau tulang rapuh dengan mengurangkan proses kehilangan tulang.
  • Membantu menukar asid lemak kepada tenaga dan menyokong pengurangan berat badan.
  • Membantu mengurangkan tahap lemak jahat, seterusnya meminimakan risiko masalah jantung.
  • Membantu tingkatkan kesihatan kulit melalui pertambahan pembentukan kolagen.
  • Boleh digunakan untuk merawat wabak jangkitan yang merebak seperti herpes simplex, kudis sejuk, kayap, jangkitan HPV seperti perang kemaluan dan herpes kemaluan.
  • Berupaya meredakan migrain dan lain lain kesakitan serta radang
  • Dapat mengurangkan sakit dada (angina) yang berkaitan masalah jantung jika diminum bersama vitamin C.
  • Membantu dalam pembinaan otot otot tubuh bila diambil bersama asid amino lain seperti AAKG.


Taurine Dan Kebaikannya

Taurine memainkan banyak peranan biologi asas seperti mengawal asid hempedu, antioksidan, pengosmokawalaturan, penstabilan membran dan modulasi isyarat kalsium.


Niacin Dan Kebaikannya
  • Penglibatan dalam memperbaiki DNA tubuh
  • Merendahkan lipid darah (kolestrol dan triglycerides)
  • Mengurangkan lemak dalam darah yang disebut sebagai “ketumpatan lipoprotein amat rendah) yang telah dikaitkan dengan masalah jantung dan kanser.
  • Membantu merawat masalah seperti skizofrenia, depresi atau tertekan serta kehilangan ingatan.
  • Mengaktifkan benzodiazepine receptors dalam otak yang telah membantu ramai orang mendapatkan kualiti tidur lebih baik (untuk pengidap imsomnia misalnya)


Selain itu minuman tenaga Nitro ini  juga kaya dengan pelbagai vitamin penting seperti Vitamin A Acetate, Vitamin D3, Vitamin E Acetate, D Biotin, D-Calcium Pantothenate, Folic Acid, Niacin, Pyridoxine HCL, Thiamine HCL, Vitamin B12, Vitamin B2, Vitamin C dan Vitamin K1


Rumusan

Berasaskan kandungan bahan bahan yang menghasilkan minuman Nitro ini berbanding minuman minuman tenaga konvensional di pasaran seperti Red Bull, Power Horse, AMP, Livita, Burn, Xyience dan banyak lagi, ia amat jauh beza khususnya dari sudut khasiat dan kesan baiknya. Paling malang, hampir semua minuman tenaga segera yang ada di pasaran ketika ini sangat tinggi kandungan gula “mudarat” dan memang tidak sesuai untuk kebanyakan jenis penyakit terutamanya orang yang bermasalah jantung dan diabetes (kencing manis). Berbeza dengan minuman Nitro ini yang bakal berada di pasaran, kandungan gulanya adalah zero tetapi rasanya masih mengekalkan kemanisan asli gula tebu (bukan stevia) yang tidak saja enak, malah tidak memudaratkan baik untuk pengidap diabetes.


Di Mana Boleh Dapatkan Minuman Nitro Ini?

Minuman tenaga atau energy booster drink Nitro "X" (nama sebenar sengaja dirahsiakan atas permintaan pengeluar buat sementara) akan berada di pasaran Malaysia dalam tempoh 2 atau 3 bulan dari tarikh posting ini dibuat. Ia dikeluarkan dan diedarkan oleh sebuah syarikat tempatan yang berpengalaman dalam industri berkaitan. Syarikat ini tidak saja menghasilkan minuman tenaga sahaja malah juga mengeluarkan pelbagai produk produk lain yang berasaskan “gula sihat” serta pengganti gula bukan stevia yang sihat untuk kesihatan dan amat sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Produk produk yang terhasil mengekalkan rasa gula asli tebu tanpa menjejaskan rasa sebenar minuman atau masakan apabila dicampur (stevia tidak menghasilkan rasa gula sebenar malah ia mengubah rasa asli minuman dan masakan bila dicampur dalam kadar tertentu menyebabkan hilangnya originaliti minuman atau masakan asal).

Ketika ini ada tidak kurang 7 jenis produk yang telah dihasilkan oleh syarikat ini dari kajian yang mengambil masa lama lebih dari 5 tahun. Sebahagian produk produk ini sudah pun mulai mendapat permintaan/tempahan awal dari Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Arab Saudi dan beberapa negara lain termasuk Singapore dan China. Malah beberapa produk minuman lain juga sedang dibangunkan. Syarikat begitu yakin dengan potensi pasaran untuk dunia kemanisan tanpa gula mudarat non stevia yang kian membesar dari hari ke hari akibat pertambahan pesakit diabetis dan jantung dunia yang kian parah. Pembungkusan produk amat menarik, kualiti bertaraf antarabangsa, halal dan bakal diedarkan secara trading (tier conventional) melalui dealer dealer dan stokis yang dilantik.

Pihak pengurusan syarikat juga kini sedang uruskan kerjasama dengan seorang artis popular tanahair untuk dilantik sebagai duta produk bagi tujuan kempen pengiklanan bersepadu besar besaran melalui media massa tidak lama lagi diikuti dengan pelancaran web koperat. Ini berarti minuman Nitro "X" ini serta rangkaian produk lain yang terbaru dihasilkan bukan saja untuk kebaikan kesihatan umum, menjana tenaga fizikal dan seksual para pengguna produk, malah peluang juga sedang terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga rangkaian produk produk unik dalam kumpulan dan kelasnya tersendiri, seterusnya merebut keuntungan dalam pasaran yang masih “fresh” ini, tidak hanya di Malaysia malah ke negara jiran tetangga dan seluruh dunia. Pertanyaan lanjut, hubungi 60164521707.

No comments:

Post a Comment