* NEW DND JANTANA * X MENZ COFFEE, HA POWER UP, LENTIKS * PENTAVITE MEN MULTI * DND JANTANA, DND QAMA'S CAPSULE, DND SEMALU CAPSULE * SENARAI UBAT KUAT DIHARAM KKM * SUPLEMEN UNTUK SUAMI ISTERI * ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Jumaat, 6 Mac 2026

TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON (TRT): APA ITU, MANFAAT DAN SIAPA YANG MEMERLUKANNYA

Apa Itu Terapi Penggantian Testosteron (TRT)?

Terapi Penggantian Testosteron (TRT) ialah rawatan perubatan yang bertujuan meningkatkan paras hormon testosteron dalam badan lelaki yang mengalami kekurangan hormon tersebut. TRT adalah satu kaedah rawatan moden untuk lelaki yang bermasalah mati pucuk atau lemah tenaga batin.

Testosteron merupakan hormon utama lelaki yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi fungsi:

a. Nafsu seks (libido)

b. Ereksi zakar

c. Pembinaan otot

d. Ketumpatan tulang

e. Tenaga dan stamina

f. Mood dan emosi

g. Penghasilan sperma

Apabila paras testosteron menjadi terlalu rendah, lelaki boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental.

Keadaan ini dalam dunia perubatan dikenali sebagai Hipogonadisme, iaitu keadaan di mana badan tidak menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi.


Mengapa Paras Testosteron Lelaki Menurun?

Paras testosteron biasanya mula menurun secara semula jadi apabila lelaki memasuki usia 30 hingga 40 tahun.

Fenomena ini sering dikaitkan dengan keadaan yang dipanggil Andropaus, iaitu perubahan hormon lelaki yang berlaku apabila meningkat usia.

Antara faktor yang boleh menyebabkan testosteron menjadi rendah ialah:

๐Ÿ‘‰ Peningkatan usia

๐Ÿ‘‰ Tekanan hidup yang tinggi

๐Ÿ‘‰ Kurang tidur

๐Ÿ‘‰ Obesiti

๐Ÿ‘‰ Kurang aktiviti fizikal

๐Ÿ‘‰ Penyakit kronik seperti diabetes

๐Ÿ‘‰ Kesan sampingan ubat tertentu

Apabila faktor-faktor ini berlaku secara berterusan, ia boleh menjejaskan keseimbangan hormon dalam badan lelaki.


Tanda-Tanda Testosteron Rendah Pada Lelaki

Ramai lelaki tidak menyedari bahawa mereka mengalami testosteron rendah kerana simptomnya sering disalah anggap sebagai faktor usia atau keletihan biasa.

Antara tanda yang paling kerap berlaku ialah:

1. Nafsu Seks Menurun

Penurunan libido merupakan salah satu tanda paling awal testosteron rendah.

2. Mudah Letih dan Kurang Tenaga

Walaupun mendapat tidur yang cukup, seseorang lelaki mungkin masih berasa letih sepanjang hari.

3. Kehilangan Jisim Otot

Testosteron membantu pembinaan otot. Paras rendah boleh menyebabkan otot menjadi semakin lemah.

4. Lemak Perut Bertambah

Ramai lelaki mendapati perut mereka semakin buncit walaupun tidak banyak makan.

5. Mood Murung dan Mudah Stres

Testosteron turut mempengaruhi keseimbangan emosi dan tahap motivasi seseorang lelaki.

6. Kesukaran Mendapat Ereksi

Masalah ereksi juga boleh dikaitkan dengan hormon testosteron yang rendah.

Jika anda ada satu atau beberapa simptom ini, maka pemeriksaan hormon mungkin diperlukan sebelum prosedur rawatan TRT ini dilakukan ke atas anda.






Bagaimana Terapi Penggantian Testosteron (TRT) Dilakukan?

TRT bertujuan untuk mengembalikan paras testosteron ke tahap normal melalui bekalan hormon dari luar.

Rawatan ini biasanya dilakukan di bawah pengawasan doktor melalui beberapa kaedah berikut:

1. Suntikan Testosteron

Suntikan testosteron biasanya diberikan setiap 1 hingga 2 minggu dan merupakan kaedah yang paling popular.

2. Gel atau Krim Testosteron

Gel disapu pada kulit setiap hari dan hormon akan diserap melalui kulit.

3. Tampalan Testosteron

Tampalan hormon dilekatkan pada kulit dan membebaskan testosteron secara perlahan.

4. Pelet Testosteron

Pelet kecil dimasukkan di bawah kulit dan boleh membekalkan hormon selama 3 hingga 6 bulan.

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.


Manfaat Terapi Penggantian Testosteron

Bagi lelaki yang benar-benar mengalami testosteron rendah, TRT boleh memberi beberapa manfaat penting kepada kesihatan.

Antara manfaat yang sering dilaporkan ialah:

✔️ Tenaga dan Stamina Meningkat

Ramai lelaki melaporkan tahap tenaga mereka kembali meningkat selepas rawatan.

✔️ Nafsu Seks Bertambah Baik

Libido dan kepuasan seksual juga biasanya meningkat.

✔️ Otot Lebih Kuat

Testosteron membantu pembinaan otot dan kekuatan fizikal.

✔️ Mood Lebih Stabil

Ramai pesakit melaporkan mereka menjadi lebih positif dan kurang mengalami tekanan emosi.

✔️ Ketumpatan Tulang Lebih Baik

Ini penting untuk mengurangkan risiko osteoporosis apabila usia meningkat.


Siapakah Yang Sesuai Menjalani TRT?

TRT biasanya disyorkan kepada lelaki yang:

๐Ÿ‘‰Disahkan mempunyai paras testosteron rendah melalui ujian darah

๐Ÿ‘‰Mengalami simptom testosteron rendah yang jelas

๐Ÿ‘‰Tidak mendapat perubahan melalui rawatan gaya hidup

Diagnosis biasanya memerlukan ujian darah sekurang-kurangnya dua kali pada waktu pagi untuk memastikan paras hormon benar-benar rendah.


Siapa Yang Tidak Digalakkan Mengambil TRT ?

Walaupun TRT boleh membantu ramai lelaki, ia tidak sesuai untuk semua orang.

TRT biasanya tidak disyorkan kepada lelaki yang mempunyai:

❌ Sejarah Kanser Prostat

❌ Kanser payudara

❌ Masalah sleep apnea yang serius

❌ Paras sel darah merah terlalu tinggi

❌Lelaki yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat

Ini kerana TRT boleh mengurangkan penghasilan sperma.


Risiko dan Kesan Sampingan TRT

Seperti rawatan hormon lain, TRT juga mempunyai beberapa risiko yang perlu dipantau oleh doktor.

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:

❌ Jerawat atau kulit berminyak

❌ Pembesaran payudara

❌ Peningkatan sel darah merah

❌ Pengecilan testis

❌ Pengurangan penghasilan sperma

Sebab itu rawatan ini perlu dilakukan dengan pemantauan berkala oleh doktor.


Alternatif Semula Jadi Untuk Meningkatkan Testosteron

Bagi lelaki yang mengalami penurunan hormon ringan, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu meningkatkan testosteron secara semula jadi.

Antaranya:

๐Ÿ‘‰ Senaman kekuatan (weight training)

๐Ÿ‘‰ Tidur sekurang-kurangnya 7–8 jam sehari

๐Ÿ‘‰ Mengurangkan berat badan

๐Ÿ‘‰ Mengawal tekanan

๐Ÿ‘‰ Mengamalkan diet yang sihat

Sesetengah lelaki juga memilih suplemen kesihatan lelaki yang membantu menyokong penghasilan hormon secara semula jadi. 

Antara suplemen testosteron booster terkini yang kian mendapat permintaan tinggi di pasaran adalah New DND Jantana keluaran Dr Noordin Darus menerusi klinik beliau, DND Wellness Center

 

Selasa, 3 Mac 2026

Andropause (Menopause Lelaki): Panduan Lengkap Punca, Simptom & Cara Tingkatkan Testosteron

Andropause ialah keadaan penurunan hormon testosteron secara semula jadi dalam kalangan lelaki apabila meningkat usia, biasanya selepas 40 tahun.

Ia sering dipanggil “menopause lelaki”, namun istilah ini kurang tepat kerana lelaki tidak mengalami perubahan hormon secara mendadak seperti wanita. Sebaliknya, hormon testosteron menurun secara perlahan sekitar 1% setiap tahun selepas umur 30–40 tahun.

Testosteron memainkan peranan penting dalam:

a. Tenaga dan stamina harian

b. Kekuatan otot dan tulang

c. Fungsi seksual dan libido

d. Penghasilan sperma

e. Keyakinan diri dan kestabilan emosi

Apabila hormon ini menurun, pelbagai perubahan boleh berlaku tanpa disedari.




Tanda-Tanda Andropause Yang Ramai Lelaki Abaikan

1. Cepat Letih Walaupun Cukup Rehat

Jika anda rasa kurang bertenaga walaupun tidur mencukupi, ini mungkin tanda awal penurunan testosteron.

2. Lemak Perut Semakin Bertambah

Testosteron membantu pembakaran lemak. Apabila ia menurun, lemak terutama di bahagian abdomen mudah terkumpul.

3. Otot Semakin Mengecil

Walaupun bersenam, jisim otot mungkin sukar bertambah seperti dahulu.

4. Keinginan Seksual Menurun

Libido rendah merupakan simptom paling ketara. Ada lelaki mendapati hubungan intim menjadi kurang kerap dan kurang memuaskan.

5. Mood Mudah Berubah

Perasaan jadi mudah marah, kurang motivasi, rasa murung tanpa sebab jelas dan keyakinan diri menurun.

Ramai lelaki tidak mengaitkan perubahan ini dengan hormon.


Punca Andropause

1. Faktor Usia

Semakin meningkat umur, fungsi testis dalam menghasilkan testosteron semakin berkurang.

2. Obesiti

Lemak berlebihan meningkatkan hormon estrogen dalam badan lelaki.

3. Tekanan Kronik

Stres meningkatkan hormon kortisol yang mengganggu penghasilan testosteron.

4. Kurang Tidur

Testosteron dihasilkan ketika tidur nyenyak. Lelaki yang kerap berjaga malam berisiko lebih tinggi.

5. Penyakit Metabolik

Diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi mempercepatkan penurunan hormon lelaki.


Bagaimana Andropause Didiagnosis?

Diagnosis dibuat melalui:

1. Ujian Darah Testosteron

Dilakukan waktu pagi antara jam 8–10 pagi.

2. Penilaian Simptom

Doktor akan menilai gabungan simptom fizikal dan seksual.

Jangan membuat kesimpulan sendiri tanpa pemeriksaan profesional.


Cara Tingkatkan Testosteron Secara Semula Jadi

1. Latihan Beban (Weight Training)

Latihan seperti squat, bench press dan deadlift membantu merangsang hormon lelaki.

2. Kurangkan Lemak Badan

Penurunan berat badan 5–10% boleh memberi perubahan ketara pada hormon.

3. Tidur Berkualiti 7–8 Jam

Deep sleep sangat penting untuk keseimbangan hormon.

4. Pemakanan Sokong Hormon

Antara nutrien penting perlu diambil ialah Zink (tiram, daging merah), Vitamin D (ikan berlemak, cahaya matahari), Magnesium (kekacang), Protein berkualiti dan perlu kurangkan gula serta makanan ultra-proses.

5. Kawal Tekanan

Antaranya amalkan senaman ringan, aktiviti riadah, pengurusan masa kerja yang betul dan juga aktiviti kerohanian.


Adakah Terapi Hormon Perlu?

Dalam kes tertentu, doktor mungkin mencadangkan terapi penggantian testosteron (TRT). Namun ia perlu pemantauan rapi kerana terdapat risiko tertentu.

Rawatan sendiri atau suplemen tidak dipastikan sumbernya tidak digalakkan.


Risiko Jika Andropause Tidak Diurus

Megabaikan masalah andropause boleh menyebabkan penyakit jantung, osteoporosis, sindrom metabolik, kemurungan serta disfungsi ereksi kronik (mati pucuk serius).

Kesedaran awal sangat penting untuk mencegah komplikasi.

Ahad, 1 Mac 2026

TIPS DAN SENAM RINGKAS SEBELUM BERJIMAK

Berikut ini adalah video saranan dan tips penting Dr Noordin Darus untuk kaum lelaki khususnya para suami usia 30 ke atas. Ianya terkait dengan prestasi lelaki ketika berhubungan intim bersama pasangan, panduan bagaimana untuk release stress dan tenangkan minda, meningkatkan nafsu (libido) dan testosteron, seterusnya mempersembahkan prestasi cemerlang ketika diranjang, melayani keperluan batin isteri/pasangan.

Pastikan tonton video di bawah ini sampai habis agar tidak terlepas teknik senam ringkas tetapi berkesan sebelum menggauli pasangan anda:




*Jika berhasrat dapatkan suplemen The All New DND Jantana seperti dinyatakan Dr Noordin Darus, sila whatsapp maklumat perlu (rujuk bawah) ke talian DND Elite Authorized Dealer @ +6011-12473488

1. Nama

2. No MyKad

3. Alamat lengkap

4. Status kesihatan: Sila maklumkan jika ada sebarang masalah berkaitan jantung, stroke, hati dan buah pinggang? Ini PENTING terutamanya untuk pesakit yang mempunyai tekanan darah rendah, penyakit jantung, sejarah strok, komplikasi hati atau buah pinggang, atau sedang mengambil ubat nitrat/GTN. Kami perlu rujuk doktor DND WELLNESS CENTRE terlebih dahulu untuk cara pengambilan/dos yang sesuai buat anda.

Khamis, 8 Januari 2026

SUPLEMEN KESIHATAN SUAMI ISTERI HA SMART GLOBAL

Syarikat HA Smart Global Sdn Bhd telah mengeluarkan rangkaian beberapa produk suplemen kesihatan seksual untuk lelaki wanita dewasa, khususnya suami isteri yang alami masalah berkaitan sistem reproduksi.

Antaranya ialah HA Power-Up, Kopi X-Menz dan Lentiks yang berasaskan herba alami.

Berikut adalah video penerangan ringkas Pn Lynn (CEO HA Smart Global) berkenaan suplemen Kopi K (Kopi X-Menz), HA Power-Up dan Kigelia Mendara Lentiks (Lentiks) yang sudah berada di pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapore.




HA Power Up






Lentiks











Ahad, 21 Disember 2025

TEKNIK URUTAN UNTUK KESIHATAN SEKSUAL LELAKI

Kesihatan seksual lelaki bukan hanya bergantung kepada hormon atau ubat-ubatan semata-mata. Faktor seperti aliran darah, kesihatan saraf, tahap stres dan keseimbangan emosi memainkan peranan yang sangat penting. Salah satu kaedah semula jadi yang semakin mendapat perhatian ialah urutan terapeutik.

Urutan yang dilakukan dengan teknik yang betul bukan sahaja membantu merehatkan tubuh, malah boleh memberi kesan positif terhadap libido, keupayaan ereksi dan stamina seksual lelaki.

Bagaimana Urutan Membantu Kesihatan Seksual Lelaki?

Secara saintifik, urutan berfungsi dengan:

✔️Melancarkan peredaran darah
✔️Merangsang sistem saraf
✔️Mengurangkan hormon stres (kortisol)
✔️Meningkatkan hormon kesejahteraan seperti endorfin
✔️Membantu keseimbangan hormon lelaki (testosteron)

Kesemua faktor ini saling berkait rapat dengan prestasi dan keinginan seksual.



Teknik Urutan yang Bermanfaat untuk Kesihatan Seksual Lelaki

1. Urutan Bahagian Bawah Belakang (Lower Back Massage)

Bahagian bawah belakang mempunyai kaitan rapat dengan saraf yang menyokong fungsi seksual.

Manfaat:
✔️Merangsang saraf pelvis.
✔️Mengurangkan sakit pinggang yang menjejaskan prestasi seksual.
✔️Membantu ereksi lebih stabil

2. Urutan Paha Dalam dan Sekitar Pinggul

Kawasan ini kaya dengan saluran darah utama menuju ke alat sulit lelaki.

Manfaat:
✔️Meningkatkan aliran darah ke kawasan genital.
✔️Membantu ereksi lebih kuat dan tahan lama.
✔️Mengurangkan ketegangan otot pelvis.

3. Urutan Tapak Kaki (Refleksologi)

Dalam refleksologi, tapak kaki mempunyai titik yang berkait dengan organ pembiakan.

Manfaat:
✔️Merangsang sistem hormon.
✔️Mengurangkan stres dan keletihan.
✔️Membantu meningkatkan keinginan seksual secara semula jadi.

4. Urutan Perineum (Secara Terapeutik & Profesional)

Perineum ialah kawasan antara zakar dan dubur yang berkait rapat dengan prostat.

Manfaat:
✔️Membantu kesihatan prostat.
✔️Meningkatkan kawalan ejakulasi.
✔️Menyokong stamina seksual.

(Nota: Teknik ini disarankan dilakukan oleh terapis bertauliah atau dengan panduan profesional).

5. Urutan Kepala dan Leher

Walaupun kelihatan tidak berkait secara langsung, stres mental adalah punca utama masalah seksual.

Manfaat:
✔️Mengurangkan tekanan dan kebimbangan prestasi.
✔️Meningkatkan fokus dan keyakinan diri
Merangsang hormon relaksasi.

Kelebihan Urutan Berbanding Kaedah Lain

✅ Semula jadi dan selamat.
✅ Tiada kesan sampingan kimia.
✅ Meningkatkan kesihatan menyeluruh, bukan seksual sahaja.
✅ Boleh digabungkan dengan senaman dan pemakanan sihat.

Urutan bukan sekadar untuk keselesaan fizikal, malah merupakan terapi sokongan yang efektif untuk kesihatan seksual lelaki. Dengan teknik yang betul dan dilakukan secara konsisten, urutan mampu membantu meningkatkan libido, kekuatan ereksi serta keyakinan diri lelaki secara semula jadi.

Ia adalah pilihan bijak bagi lelaki yang ingin menjaga kesihatan seksual tanpa bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan.

Khamis, 18 Disember 2025

TAMBAH GAIRAH NAFSU SEKS DENGAN SENAMAN BERKESAN INI

Senaman tertentu memang terbukti boleh membantu meningkatkan kegairahan nafsu seksual (libido) kerana ia menaikkan hormon testosteron, melancarkan aliran darah dan mengurangkan stres. Berikut adalah jenis senaman paling berkesan, ringkas dan praktikal yang boleh diamalkan:

1. Senaman Kekuatan (Weight Training)– PALING BERKESAN

Kesan utama: Naikkan testosteron & keyakinan diri. Antaranya ialah

✔️Squat

✔️Deadlift

✔️Bench press

✔️Push-up

✔️Pull-up

Senaman di atas itu akan mengaktifkan otot besar. Hormon testosteron akan meningkat. Ia lebih berkesan berbanding senaman cardio biasa. Amalkan 3 ~ 4 kali seminggu selama 30 ~ 45 minit setiap sesi.p


2. HIIT (High Intensity Interval Training)

Senaman HIIT ini berkesan untuk tingkatkan stamina seksual serta aliran darah.

Antaranya ialah dengan melakukan:

✔️Sprint 30 saat berselang seli berjalan 60 saat (ulang 10 kali)

✔️Burpees

✔️Lompat bintang

Senaman ini mampu naikkan testosteron dengan agak cepat serta kurangkan lemak (lemak tinggi = testosteron rendah). Buat ini 2 ~ 3 kali seminggu, 20 ~ 25 minit setiap sesi.


3. Senaman Pelvis & Punggung (Glute Workout)

Teknik senaman ini membuatkan ereksi (kekerasan) alat kelamin lebih kuat & mampu mengawal ejakulasi (untuk lebih tahan lama).

✔️Hip thrust

✔️Glute bridge

✔️Lunges

Dengan 3 senaman ini, otot pelvis jadi lebih kuat, kesannya aliran darah ke alat sulit akan lebih baik.


4. Senaman Kegel (WAJIB untuk lelaki & wanita)

Kesan utama Kegel ialah  peningkatan libido (nafsu) & prestasi seksual akan lebih tahan lama.

Teknik buat:

1. Kuncup otot seperti tahan kencing

2. Tahan 5 saat, lepaskan 5 saat

3. Ulang 10~15 kali

Amalkan ini tiap hari kerana ia mudah dilakukan.


5. Yoga & Regangan (Kurangkan Stres)

Ia bertujuan untuk atasi ketegangan mental (stress). Nafsu akan naik bila stress berkurang.

3 teknik boleh dibuat:

✔️Cobra pose

✔️Bridge pose

✔️Child’s pose

Ingat! Jika stress anda tinggi, hormon seks akan jatuh (tak bernafsu).


Peringatan Penting

Elak buat senaman Cardio terlalu lama (jogging lebih 1 jam tiap hari misalnya). Overtraining berlebihan tanpa rehat boleh turunkan testosteron. Kan sia sia jadinya segala usaha!


Bila Kesan Positif Boleh Dirasai Lepas Senaman Berkenaan? 

๐Ÿ‘‰Selepas 1~2 minggu, tenaga & mood bertambah.

๐Ÿ‘‰Selepas 3~4 minggu, libido mula meningkat.

๐Ÿ‘‰ Selepas 6–8 minggu, prestasi seksual lebih jelas.

Nah, tunggu apa lagi?. Nak lebih sihat dan hidup berpasangan lebih indah dan happy, amalkan kerana ia tak membabitkan kos pun.

Ahad, 14 Disember 2025

PENTAVITE MEN MULTI | SUPLEMEN LELAKI UNTUK TENAGA, VITALITI & KESIHATAN SEKSUAL

Pentavite Men Multi ialah multivitamin khas lelaki untuk merangsang tenaga, hormon lelaki & kesihatan seksual. Ia sesuai diamal setiap hari untuk prestasi yang optimum.

Dalam dunia serba pantas hari ini, lelaki sering berdepan keletihan, tekanan kerja, kurang stamina dan penurunan keyakinan diri. Semua ini boleh memberi kesan kepada prestasi harian termasuk kesihatan seksual lelaki khususnya prestasi ketika aktiviti intim bersama pasangan.

Pentavite Men Multi diformulasikan khas sebagai multivitamin lengkap untuk lelaki bagi menyokong tenaga, hormon dan vitaliti lelaki secara menyeluruh dengan cara yang selamat dan semula jadi.




Kenapa Lelaki Perlu Ambil Pentavite Men Multi?

๐Ÿ‘‰Gaya hidup yang sibuk

๐Ÿ‘‰Tekanan beban kerja dan kewangan

๐Ÿ‘‰Pemakanan tidak seimbang 

๐Ÿ‘‰Keletihan fizikal & mental 

๐Ÿ‘‰Stamina dan keinginan seksual menurun 

๐Ÿ‘‰Keperluan nutrien lelaki yang berbeza

Pentavite Men Multi membantu melengkapkan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh lelaki setiap hari.






Kelebihan Pentavite Men Multi untuk Kesihatan Seksual Lelaki

✅ Menyokong Tenaga & Stamina Lelaki

Diperkaya dengan Vitamin B Kompleks (B1, B2, B6, B12) yang membantu:

๐Ÿ‘‰ Menukar makanan kepada tenaga

๐Ÿ‘‰ Mengurangkan keletihan

๐Ÿ‘‰ Menyokong stamina fizikal dan seksual

Tenaga yang mencukupi membantu lelaki lebih bersedia secara fizikal dan mental.


✅ Menyokong Paras Hormon Lelaki yang Normal

Kandungan Zink di dalamnya membantu:

๐Ÿ‘‰ Mengekalkan paras testosteron normal

๐Ÿ‘‰ Menyokong fungsi reproduktif lelaki

๐Ÿ‘‰ Memelihara kesihatan sperma

Zink merupakan mineral penting untuk keinginan seksual dan kesuburan lelaki.


✅Melancarkan Aliran Darah & Fungsi Saraf

Gabungan vitamin dan mineral membantu:

๐Ÿ‘‰ Peredaran darah yang sihat

๐Ÿ‘‰ Fungsi saraf normal

๐Ÿ‘‰ Refleksi otot yang lebih baik

Aliran darah dan saraf yang sihat penting untuk fungsi seksual normal.


✅Membantu Kurangkan Tekanan & Keletihan Mental

Tekanan adalah antara punca utama penurunan libido. Pentavite Men Multi membantu:

๐Ÿ‘‰ Menyokong sistem saraf

๐Ÿ‘‰Meningkatkan fokus dan kesejahteraan mental

๐Ÿ‘‰ Mengurangkan keletihan akibat stres

Apabila minda lebih tenang, hubungan intim menjadi lebih berkualiti.


๐Ÿ‘‰Memelihara Kesihatan Lelaki Secara Menyeluruh

Selain kesihatan seksual, Pentavite Men Multi juga membantu:

๐Ÿ‘‰ Sistem imun

๐Ÿ‘‰ Kesihatan otot & tulang

๐Ÿ‘‰ Metabolisme tenaga

๐Ÿ‘‰ Prestasi fizikal harian

Satu multivitamin ini menyumbangkan pelbagai manfaat untuk lelaki aktif.


Siapa Yang Sesuai Mengambil Pentavite Men Multi?

✔️ Lelaki bekerja & sibuk 
✔️ Lelaki berkeluarga 
✔️ Lelaki aktif dan bersukan 
✔️ Lelaki berusia 20 tahun ke atas 
✔️Lelaki yang ingin menjaga kesihatan seksual secara semula jadi


Cara Pengambilan

Ambil 1 tablet sahaja sehari selepas makan atau mengikut saranan doktor. Untuk hasil terbaik, amalkan bersama pemakanan seimbang dan senaman berkala. Pastikan juga rehat yang mencukupi.




Kenapa Pilih Pentavite Men Multi?

✅ Dirumus khas untuk keperluan lelaki 
✅ Mudah diamalkan setiap hari 
✅ Sokongan nutrien lengkap 
✅ Jenama dipercayai
✅ Lulus KKM
✅ Halal
✅ Banyak testimoni positif pengguna



Bertindak Sekarang

Jaga kesihatan seksual dan kelakian anda dari sekarang. Tenaga lebih baik,  keyakinan meningkat, kehidupan dan hubungan intim lebih berkualiti dan menyeronokkan.

Dapatkan Pentavite Men Multi hari ini dari Pentavite Official Store di Shopee untuk pastikan mendapat produk original atau KLIK SINI