* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Wednesday, November 27, 2019

KEBAIKAN AMERICAN GINSENG KEPADA KESIHATAN


Walaupun pelbagai jenis ginseng mempunyai ciri-ciri yang berbeza, tetapi pada umumnya ginseng mempunyai sebatian aktif yang dianggap memainkan peranan penting dalam keberkesanan tumbuhan ini. Kompaun aktifnya ialah ginsenosides.

Fakta Mengenai Ginseng Amerika

Ginseng Amerika sering digunakan untuk meningkatkan sistem imun, mengatasi selsema dan dan melegakan tekanan. Ada juga yang menggunakan ginseng untuk meningkatkan selera makan dan memperbaiki sistem pencernaan. Malah ginseng Amerika juga dikatakan baik untuk merawat berbagai jenis penyakit seperti diabetes, anemia, insomnia, demam, disfungsi ereksi, kanser, sakit sendi, pening, kehilangan ingatan, dan HIV / AIDS.

1. Disfungsi Erektile/Lemah Tenaga Batin
Bagi lelaki yang mengalami masalah ini, ginseng boleh dimakan,minum sebagai "ubat kuat". Anda boleh amalkan mengambil Ginseng 2 atau 3 kali seminggu dan lihat kesan positifnya.

2. Ejakulasi Pramatang/Pancutan Awal
Satu kajian mengatakan bahawa mengamal ekstrak ginseng pada dos 350 mg selama 8 minggu dapat meningkatkan fungsi seksual lelaki. Keberkesanan ginseng dipercayai baik untuk meningkatkan kesihatan seksual lelaki.


3. Menopaus
Ginseng dapat memperbaiki keadaan kesihatan dan kepuasan seksual wanita yang memasuki menopause. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita postmenopausal yang menggunakan ekstrak ginseng, menunjukkan kepuasan seksual yang lebih baik dan mengadu kurang mengalami kemurungan atau gangguan mood. Ginseng juga boleh meningkatkan tahap antioksidan dalam wanita menopaus.

4. Fungsi mental
Bagi anda yang sudah berusia 40 an ke atas, anda boleh mencuba mengambil 200-400 mg ginseng sehari, selama 12 minggu. Berdasarkan penyelidikan, ginseng dapat meningkatkan fungsi mental, seperti meningkatkan daya pemikiran dan kemampuan pemikiran abstrak. Ginseng juga dipercayai meningkatkan ingatan pada orang berusia 38 hingga 66 tahun, jika diamal bersama dengan ekstrak daun ginkgo biloba.

5. Penyakit Alzheimer
Mengambil 4.5-9 gram ginseng ekstrak setiap hari selama tiga bulan mungkin meningkatkan keupayaan mental bagi pesakit bermasalah Alzheimer.

6. Penyakit Paru-Paru
Bagi anda yang mempunyai masalah paru-paru, terutamanya penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), anda boleh mencuba makan 100 mg hingga 6 gram ginseng tiga kali sehari, selama 3 bulan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan aktif dalam ginseng dapat meningkatkan kesan antioksidan pada paru-paru yang dapat memperbaiki gejala COPD.

7. Flu
Mengambil ginseng boleh mengurangkan risiko teruk akibat selsema.

8. Multiple Sclerosis
Mengambil ekstrak ginseng boleh menghalang pembiakan penyakit dan mengurangkan gejala yang dirasakan oleh orang yang mempunyai multiple sclerosis.