Apa Itu Terapi Penggantian Testosteron (TRT)?
Terapi Penggantian Testosteron (TRT) ialah rawatan perubatan yang bertujuan meningkatkan paras hormon testosteron dalam badan lelaki yang mengalami kekurangan hormon tersebut. TRT adalah satu kaedah rawatan moden untuk lelaki yang bermasalah mati pucuk atau lemah tenaga batin.
Testosteron merupakan hormon utama lelaki yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhi fungsi:
a. Nafsu seks (libido)
b. Ereksi zakar
c. Pembinaan otot
d. Ketumpatan tulang
e. Tenaga dan stamina
f. Mood dan emosi
g. Penghasilan sperma
Apabila paras testosteron menjadi terlalu rendah, lelaki boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental.
Keadaan ini dalam dunia perubatan dikenali sebagai Hipogonadisme, iaitu keadaan di mana badan tidak menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi.
Mengapa Paras Testosteron Lelaki Menurun?
Paras testosteron biasanya mula menurun secara semula jadi apabila lelaki memasuki usia 30 hingga 40 tahun.
Fenomena ini sering dikaitkan dengan keadaan yang dipanggil Andropaus, iaitu perubahan hormon lelaki yang berlaku apabila meningkat usia.
Antara faktor yang boleh menyebabkan testosteron menjadi rendah ialah:
π Peningkatan usia
π Tekanan hidup yang tinggi
π Kurang tidur
π Obesiti
π Kurang aktiviti fizikal
π Penyakit kronik seperti diabetes
π Kesan sampingan ubat tertentu
Apabila faktor-faktor ini berlaku secara berterusan, ia boleh menjejaskan keseimbangan hormon dalam badan lelaki.
Tanda-Tanda Testosteron Rendah Pada Lelaki
Ramai lelaki tidak menyedari bahawa mereka mengalami testosteron rendah kerana simptomnya sering disalah anggap sebagai faktor usia atau keletihan biasa.
Antara tanda yang paling kerap berlaku ialah:
1. Nafsu Seks Menurun
Penurunan libido merupakan salah satu tanda paling awal testosteron rendah.
2. Mudah Letih dan Kurang Tenaga
Walaupun mendapat tidur yang cukup, seseorang lelaki mungkin masih berasa letih sepanjang hari.
3. Kehilangan Jisim Otot
Testosteron membantu pembinaan otot. Paras rendah boleh menyebabkan otot menjadi semakin lemah.
4. Lemak Perut Bertambah
Ramai lelaki mendapati perut mereka semakin buncit walaupun tidak banyak makan.
5. Mood Murung dan Mudah Stres
Testosteron turut mempengaruhi keseimbangan emosi dan tahap motivasi seseorang lelaki.
6. Kesukaran Mendapat Ereksi
Masalah ereksi juga boleh dikaitkan dengan hormon testosteron yang rendah.
Jika anda ada satu atau beberapa simptom ini, maka pemeriksaan hormon mungkin diperlukan sebelum prosedur rawatan TRT ini dilakukan ke atas anda.
Bagaimana Terapi Penggantian Testosteron (TRT) Dilakukan?
TRT bertujuan untuk mengembalikan paras testosteron ke tahap normal melalui bekalan hormon dari luar.
Rawatan ini biasanya dilakukan di bawah pengawasan doktor melalui beberapa kaedah berikut:
1. Suntikan Testosteron
Suntikan testosteron biasanya diberikan setiap 1 hingga 2 minggu dan merupakan kaedah yang paling popular.
2. Gel atau Krim Testosteron
Gel disapu pada kulit setiap hari dan hormon akan diserap melalui kulit.
3. Tampalan Testosteron
Tampalan hormon dilekatkan pada kulit dan membebaskan testosteron secara perlahan.
4. Pelet Testosteron
Pelet kecil dimasukkan di bawah kulit dan boleh membekalkan hormon selama 3 hingga 6 bulan.
Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.
Manfaat Terapi Penggantian Testosteron
Bagi lelaki yang benar-benar mengalami testosteron rendah, TRT boleh memberi beberapa manfaat penting kepada kesihatan.
Antara manfaat yang sering dilaporkan ialah:
✔️ Tenaga dan Stamina Meningkat
Ramai lelaki melaporkan tahap tenaga mereka kembali meningkat selepas rawatan.
✔️ Nafsu Seks Bertambah Baik
Libido dan kepuasan seksual juga biasanya meningkat.
✔️ Otot Lebih Kuat
Testosteron membantu pembinaan otot dan kekuatan fizikal.
✔️ Mood Lebih Stabil
Ramai pesakit melaporkan mereka menjadi lebih positif dan kurang mengalami tekanan emosi.
✔️ Ketumpatan Tulang Lebih Baik
Ini penting untuk mengurangkan risiko osteoporosis apabila usia meningkat.
Siapakah Yang Sesuai Menjalani TRT?
TRT biasanya disyorkan kepada lelaki yang:
πDisahkan mempunyai paras testosteron rendah melalui ujian darah
πMengalami simptom testosteron rendah yang jelas
πTidak mendapat perubahan melalui rawatan gaya hidup
Diagnosis biasanya memerlukan ujian darah sekurang-kurangnya dua kali pada waktu pagi untuk memastikan paras hormon benar-benar rendah.
Siapa Yang Tidak Digalakkan Mengambil TRT ?
Walaupun TRT boleh membantu ramai lelaki, ia tidak sesuai untuk semua orang.
TRT biasanya tidak disyorkan kepada lelaki yang mempunyai:
❌ Sejarah Kanser Prostat
❌ Kanser payudara
❌ Masalah sleep apnea yang serius
❌ Paras sel darah merah terlalu tinggi
❌Lelaki yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat
Ini kerana TRT boleh mengurangkan penghasilan sperma.
Risiko dan Kesan Sampingan TRT
Seperti rawatan hormon lain, TRT juga mempunyai beberapa risiko yang perlu dipantau oleh doktor.
Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:
❌ Jerawat atau kulit berminyak
❌ Pembesaran payudara
❌ Peningkatan sel darah merah
❌ Pengecilan testis
❌ Pengurangan penghasilan sperma
Sebab itu rawatan ini perlu dilakukan dengan pemantauan berkala oleh doktor.
Alternatif Semula Jadi Untuk Meningkatkan Testosteron
Bagi lelaki yang mengalami penurunan hormon ringan, beberapa perubahan gaya hidup boleh membantu meningkatkan testosteron secara semula jadi.
Antaranya:
π Senaman kekuatan (weight training)
π Tidur sekurang-kurangnya 7–8 jam sehari
π Mengurangkan berat badan
π Mengawal tekanan
π Mengamalkan diet yang sihat
Sesetengah lelaki juga memilih suplemen kesihatan lelaki yang membantu menyokong penghasilan hormon secara semula jadi.
Antara suplemen testosteron booster terkini yang kian mendapat permintaan tinggi di pasaran adalah New DND Jantana keluaran Dr Noordin Darus menerusi klinik beliau, DND Wellness Center






















