Masalah ejakulasi pramatang (premature ejaculation) atau pancutan awal iaitu kegagalan zakar menahan klimak dalam tempoh masa tertentu atau dengan kata mudah, lelaki klimak sebelum pasangan merasa puas, amat menghantui ramai lelaki. Namun realitinya ramai lelaki hari ini mengalami masalah pancutan pramatang ini. Posting blog kali ini akan menyentuh tentang punca punca atau penyebab kepada "premature ejaculation" ini serta ciri ciri atau simptom untuk mengenalinya.
Antara sebab sebab utama kepada masalah ini ialah:
1. Penderita Mati Pucuk (disfungsi erektil)
Lelaki yang mempunyai masalah disfungsi erektil mengalami
kesukaran mendapatkan ereksi yang yang cukup ketika hubungan imtim. Kerana
menyedari keadaan mereka membuat mereka melakukan seks dengan terburu-buru
kerana bimbang ketegangan zakar tidak dapat bertahan menjadi lembik). Kerana
gagal mengawal ejakulasi menyebabkan mereka mengalami orgasme dengan cepat.
2. Amalan Masturbasi
Amalan masturbasi (melancap) yang salah menyebabkan ramai
lelaki alami masalah ini. Sewaktu masih muda ramai lelaki yang melakukan
masturbasi bila kegairahan untuk mendapatkan kenikmatan orgasme dengan cepat.
Melakukan masturbasi dengan terburu-buru menyebabkan tindak
balas saraf menjadi terbiasa dan bergerak cepat apabila menerima rangsangan
seksual sehingga bila berhubungan intim dengan wanita, tindak balas saraf ikut
juga menjadi cepat terhadap rangsangan dan otak mengarahkan tubuh untuk segera
klimak. Amalan melancap yang salah ini mengajar dan mendidik tubuh lelaki
selama bertahun-tahun untuk memfokus secara salah.
3. Perasaan Ghairah Keterlaluan
Keghairahan atau rangsangan seksual yang terlalu kuat
menjadikan seorang lelaki tidak mampu mengawal desakan ejakulasi yang sedang
berlaku. Hakikatnya ejakulasi pra-matang atau pancutan awal mani/sperma adalah
masalah terbesar kaum lelaki. Malah ada artikel yang mencatatkan bahawa
kira-kira 90 peratus punca pancutan pramatang ini adalah berkait dengan
psikologi berbanding anatomi. Seorang pakar seksologi terkenal menjelaskan
bahawa ejakulasi pra-matang akibat dari terlalu ghairah ketika berhubungan
intim tidak ubah seperti seseorang lelaki yang belum pernah bercinta atau
melihat tubuh gairah wanita buat pertama kali.. Mereka yang mengalami ejakulasi
terlalu cepat ini disebabkan kegagalan mengawal emosi dan otak sendiri.
4. Masalah Hubungan Dan Komunikasi
Faktur perhubungan dan komunikasi antara dua pasangan amat
menyumbang kepada masalah ejakulasi pramatang, dan pancutan awal boleh berlaku disebabkan
oleh kurang harmoni hubungan pasangan, misalnya seperti ada perasaan sakit hati
atau konflik yang belum diselesaikan yang mengganggu kemampuan untuk mencapai
keintiman emosi.
Masalah dengan pasangan boleh membuat seorang lelaki
mengalami ejakulasi pramatang. Ketika sedang tertekan atau merasa bimbang
mengenai keadaan hubungannya dengan pasangannya, maka hampir sepanjang waktu
prestasi seksual cenderung berfungsi dengan tergesa-gesa dan situasi ini
mengakibatkan masalah pancutan awal.
5. Kurang Pengalaman Dan Pengetahuan Seksual
Ejakulasi pramatang juga boleh berlaku kerana kurangnya
pengalaman. Situasi ini sering dialami oleh lelaki yang masih remaja atau malah
pada lelaki dewasa yang masih kurang pengalaman dalam urusan seksual.
Resiko ini berkaitan dengan kurangnya pengetahuan tentang
tindakbalas seksual laki-laki dan perempuan. Sebahagian mereka ini mempunyai
masalah saikologi (seperti rasa takut, rasa bersalah, atau cemas) yang sangat
tinggi ketika melakukan aktiviti seksual.
Jahil tentang proses terjadinya ejakulasi menjadikan ramai
lelaki tidak tahu apa yang harus dibuat ketika berhubungan intim. Mereka merasa
tertekan dan cemas waktu berhubungan. Mereka sangat bimbang dengan prestasi
seksual mereka sendiri sehingga merasa tertekan dan membuat mereka berusaha
mencapai orgasme lebih cepat dari waktu sewajarnya.
Terlalu banyak stres dan aktiviti fizikal sebelum seks
biasanya turut memberikan sumbangan terhadap masalah ini. Dan lazimnya ini dialami
oleh lelaki-lelaki berusia muda. Hampir semua lelaki berusia 50 tahun
mengatakan bahawa mereka lebih boleh tahan lama di usia lanjut berbanding waktu
muda belia sebelumnya.
6. Kurang Serotonin
Kaji selidik dan ujian terkini menunjukkan bahawa serotonin
iaitu hormon semulajadi yang dihasilkan oleh saraf berperanan aktif dalam
proses ejakulasi. Sebuah kajian telah membuktikan sbahawa kadar serotonin yang
tinggi di otak seseorang akan melambatkan masa untuk ejakulasi, sementara
kekurangan serotonin ini akan membuat seorang lelaki menderita ejakulasi pramatang.
Beberapa jenis ubat tekanan darah tinggi dan anti stress
(tekanan) biasanya dapat meningkatkan kadar serotonin. Ini antara sebab
sebehagian doktor yang memberi ubat tersebut kepada penderita untuk atasi
masalah pancutan awal.
7. Sensitiviti Melampau
Sebahagian lelaki mempunyai tubuh yang sangat sensitif.
Pergeseran atau geseran kulit yang terjadi semasa berhubungan menimbulkan
sensasi yang luar biasa yang membawa ejakulasi pra-matang.
8. Masalah Prostat
Beberapa penyakit seperti masalah prostat juga boleh
menyebabkan ejakulasi awal. Gangguan seksual ini juga boleh disebabkan oleh
kecederaan fizikal yang mempengaruhi sistem saraf.
9. Faktur Genetik
Keseluruhan sistem saraf dan organ-organ seksual di dalam
tubuh mempunyai tujuan utama ketika melakukan aktiviti seks iaitu untuk pembiakan
atau berkembang biak. Ejakulasi awal menunjukkan fungsi tubuh yang sangat
optima menjalankan tujuan pembiakan tersebut. Gen di dalam badan ingin
memastikan seseorang lelaki itu melakukannya dengan secekap mungkin, membuatkan
dia klimaks terlalu cepat.
10. Kerosakan Sistem Saraf
Ini antara punca yang jarang berlaku. Kerosakan sistem saraf
akibat pembedahan atau trauma, berhenti daripada penggunaan dadah yang disebut
trifluoperazine atau yang digunakan untuk merawat gelisah dan masalah kesihatan
mental seseorang lelaki, ikut menyumbangkan kepada masalah pancutan awal.
11. Penggunaan Ubat Tertentu
Pengambialan sebahagian ubatan tertentu seperti ubat selsema
yang mengandungi ephedrine pseudo, juga boleh menyebabkan ejakulasi awal. Dalam
kes ini yang terbaik adalah berunding secara terbuka dengan doctor.
Punca ejakulasi pramatang diatas adalah gambaran umum yang diperoleh
daripada lelaki-lelaki yang mengadu mengalami masalah ini. Penyebab yang pasti
masih belum diketahui dengan jelas, misalnya mengapa seorang lelaki boleh
mengalami pancutan yang terlalu cepat sedangkan lelaki lain dalam situasi yang
sama tidak mengalami masalah tersebut.
Setelah anda mengetahui faktor-faktor penyebab ejakulasi
pramatang, maka anda boleh melakukan proses diagnosis diri untuk tindakan
rawatan yang berkesan.
Tanda Tanda/ Simptom Masalah Ejakulasi PraMatang
1. Klimak Sebelum Pasangan Puas
Jika anda berejakulasi sebelum pasangan anda merasa puas,
maka boleh dianggap anda menderita ejakulasi pramatang. Ejakulasi yang selalu
terjadi dalam satu minit atau kurang sewaktu kemasukan zakar sedang berlaku. Adanya
masalah ketidakmampuan untuk menunda ejakulasi ketika melakukan penetrasi.
2. Ketahanan Kurang Dari 2 Minit
Profesional perubatan umumnya sepakat mengatakan bahawa jika
ejakulasi berlaku dalam masa kurang dari 2 minit, maka anda mempunyai masalah
ejakulasi yang terlalu cepat. Ejakulasi pra-matang berlaku apabila seorang
lelaki berejakulasi terlalu cepat ketika berhubungan seks, atau dalam kes yang
teruk, ia berlaku sebelum penembusan zakar ke dalam faraj.
Ejakulasi pramatang yang dibiarkan berlarutan boleh
menimbulkan rasa tidak puas hati terutama dipihak pasangan. Perlu diketahui
bahawa meski pun seorang lelaki menderita ejakulasi pra-matang, ia masih tetap
dapat merasakan orgasme. Bezanya ialah lelaki terlalu cepat selesai sedangkan
pasangannya masih mengharap.
3. Ereksi Yang Amat Cepat
Anda mungkin mengalami ereksi yang sangat cepat. Mungkin
anda menganggap ini sebagai sesuatu yang positif, tetapi jika ditinjau dari
skala prestasi ghairah seksual anda, hal tersebut boleh menjadi petanda
negatif.
Bayangkan skala prestasi seksual anda 1-10 (dimana angka 1
adalah tahap awal ghairah seks dan 10 adalah tahap ejakulasi). Seorang lelaki
yang menderita ejakulasi pra-matang berjalan melalui skala dari 1 hingga 10
jauh lebih cepat berbanding lelaki lain. Inilah sebabnya mengapa penderita
ejakulasi awal lazimnya cenderung mendapat ereksi yang jauh lebih cepat
dibandingkan dengan kebanyakan lelaki lain.
4. Faktor Pemikiran
Sebelum hubungan seksual berlaku, sudah timbul perasaan dari
dalam diri yang memberitahu anda bahawa prestasi seksual anda sedang tidak
normal. Ini adalah gejala ejakulasi pra-matang disebabkan pemikiran. Gejala
psikologi merupakan ciri-ciri dan symptom ejakulasi pramatang yang paling
ketara
5. Tiada Rangsangan Seksual
Seorang penderita boleh mengalami ejakulasi tanpa rangsangan
aktiviti seksual sebenar, ia mungkin seperti sentuhan fizikal biasa seperti
rabaan dan ciuman, rangsangan visual, menonton filem porno atau berkhayal
erotik.
6. Rangsangan Visual Melampau
Sebahagian besar pesakit mengalami ejakulasi hanya dengan
rangsangan visual sahaja (mental). Ini disebabkan kerana otot PC Muscle tidak
cukup kuat untuk menahan desakan ejakulasi sewaktu anda terangsang secara
visual/pandangan. Jika anda sedang menonton
filem porno dan mengalami orgasme, maka itu adalah petanda ejakulasi
pra-matang.
7. Masturbasi Dengan Kaki Terbuka
Anda kesukaran mengawal ejakulasi ketika kaki anda terbuka
dan atau berasingan. Apabila seseorang yang menderita ejakulasi pra-matang
melakukan masturbasi, dia mungkin akan sukar mengawal ejakulasinya jika kedua
kakinya berkedudukan terbuka (jauh terpisah satu sama lain). Namun sebaliknya
jika dia melakukan masturbasi dengan kaki menyentuh satu sama lain atau
kangkangan tertutup, dia akan lebih mampu mengawal ejakulasinya.
8. Air Kencing Masih Menitis Selepas Buang Air Kecil
Beberapa pesakit ejakulasi pramatang melaporkan bahawa
setelah selesai buang air kecil, mereka mempunyai kecenderungan untuk
menitiskan lagi urin tersebut. Para penyelidik percaya bahawa perkara ini
berlaku kerana pesakit ejakulasi pra-matang mempunyai otot PC yang sangat lemah
yang menyebabkan tumpahan air kencing berlebihan.
Ciri dan simptom diatas dapat memberi gambaran kepada tiap
pasangan. Sila lihat juga bahawa kadang-kadang ejakulasi pra-matang ini agak
samar samar kerana harapan setiap lelaki terhadap seks berbeza-beza. Anda
mungkin merasa bahawa dapat bertahan 10 minit sudah mencukupi tetapi lelaki lain boleh berpandangan berbeza.
Selain itu, anda juga perlu mengetahui tahap kepuasan
pasangan anda. Jika pasangan anda dapat mengalami orgasme sebelum anda ejakulasi atau klimak, meskipun itu hanya dua minit penetrasi, dan anda berdua merasa
puas, bermakna anda sebenarnya tidak menderita ejakulasi pra-matang. apa yang penting ialah memastikan anda serta pasangan anda puas dan klimak bersama, tidak peduli berapa lama anda berhubungan intim.
Namun jika anda adalah lelaki yang dalam kelompok bermasalah ini, tidak perlu terlalu risau kerana setiap penyakit dan masalah, pasti ada penyelesaiannya. Paling penting anda mahu berikhtiar untuk mengubatinya. Jauhi perasaan malu demi kebahagiaan bersama anda dan pasangan anda demi rumahtangga yang dibina.
No comments:
Post a Comment