* POWER VITA ENERGY KOREA * ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Friday, December 15, 2017

KANSER PROSTAT, PUNCA, TANDA TANDA & PENCEGAHAN/RAWATAN DENGAN SAW PALMETTO

Kanser prostate mula berlaku bila kelenjar dalam prostat mulai membesar diluar kawalan. Kelenjar prostate hanya ada pada lelaki. Kelenjar prostate inilah yang menghasilkan pengeluaran air mani (sperma) seseorang lelaki.

Kedudukan prostate adalah di bawah pundi kencing dan di hadapan rektum. Saiz prostate berubah seiring peningkatan usia. Bagi orang berusia muda, lazimnya prostat bersaiz walnut saja dan akan lebih besar saiznya dikalangan lelaki berusia.


Jenis Jenis Kanser Prostat

Kebanyakan kanser atau barah prostat adalah jenis Adenocarcinomas. Ia terbina dari sel kelenjar Dan menyebabkan bercampur dengan cairan mani.

Lain lain jenis kanser prostat ialah Sarcomas, Neuroendocrine Tumor dan Transitional Cell Carcinomas

Tanda Tanda & Gejala Kanser Prostat

Di tahap awal memang sukar untuk mengesan wujudnya kanser prostat. Lama kelamaan tanda tanda seperti berikut akan dapat dikesan:

1. Masalah buang air kecil (kencing) seperti kencing tidak lawas (tidak puas), kerap kencing malam atau sukar kencing.
2. Kencing berdarah atau ada kandungan darah dalam air mani.
3. Zakar sukar ereksi atau tegang atau alami masalah mati pucuk.
4. Selalu sakit bahagian pinggul, tulsng belakang atau dada akibat penularan sel kanser ke tulang.
5. Rasa kebas di bahagian kaki, sukar kawal kencing atau masalah pembuangan air besar.
* Sebahagian simptom di atas berkemungkinan juga disebabkan oleh penyakit lain.

Baca tentang Tahap Kanser Prostat untuk panduan rawatan.


Apa Itu Saw Palmetto?

Saw Palmetto atau sabal di Eropah, adalah sejenis tumbuhan Palma yang banyak didapati di Amerika Utara, USA. Pada awal Abad 20 lagi, buah dari tumbuhan palma ini iaitu berry sudah terkenal sebagai ubatan untuk mencegah dan merawati masalah pembesaran kelenjar Prostat. Ia juga kerap digunakan untuk merawat masalah jangkitan pundi kencing yang kronik dikalangan penduduk Amerika ketika itu. Terdapat pandangan menyatakan bahawa Saw Palmetto ini juga mampu meningkatkan pengeluaran sperma serta merangsang libido/nafsu seks pada lelaki yang mengambilnya.

Tindakan Mekanisma Saw Palmetto

1. Saw Palmetto menghalang 5 reduktase, sejenis enzim yang menukar testosterone kepada dihydrotesteron iaitu antara penyebab kegagalan ereksi zakar.
2. Saw Palmetto menghalang adrenoseptor.
3. Saw Palmetto mengurangkan beberapa aktiviti keradangan dalam tubuh yang berkaitan dengan gen (gene).
4. Saw Palmetto meningkatkan pengeluaran protein p57, iaitu sejenis protein yang membantutkan pertumbuhan tumor.
5. Saw Palmetto mengurangkan pengeluaran protein protein p21 dalam tubuh yang merangsang pembiakan tumor.

Kebaikan Dan Khasiat Saw Palmetto

1. Mampu mengubati Benign Prostatic Hyperplasia
2. Boleh merawati masalah dan simptom berkaitan kencing (urinary).
3. Meningkat dan merangsang pertumbuhan rambut dan atasi kebotakan (keguguran rambut).
4. Dapat mengurangkan resiko terkena kanser Prostat.
5. Berkeupayaan meningkatkan fungsi seksual lelaki.
6. Berkeupayaan menggandakan tahap tetosteron lelaki.
7. Memperbaiki taraf kesihatan dan kualiti kehidupan baik fizikal, emosi serta pergaulan (sosial).

Kemampuan perubatan yang ada pada berry tumbuhan Saw Palmetto ini telah menggalakkan banyak pengeluar mengkormesialkan sumber alam ini dalam berbagai bentuk dan jenama. Antara Saw Palmetto terkini dan terbaik di pasaran ialah yang dikeluarkan oleh Kolmar Korea B&H dan diedarkan oleh Atomy Korea. Saw Palmetto Atomy dijangka akan berada di Malaysia melalui Atomy Malaysia pada pertengahan tahun 2018 iaitu setelah mendapat kelulusan KKM/MAL serta pengesahan berkaitan.

Tonton video di bawah, penjelasan pakar tentang Saw Palmetto dan kebaikannya untuk masalah terkait kanser Prostat.

No comments:

Post a Comment