Apa Sebenarnya Catuaba?
Catuaba merupakan sejenis pokok herba bersaiz sederhana yang terdapat
dalam hutan Amazon di bahagian utara Brazil. Dalam perubatan herba Brazil,
kulit Catuaba terkenal dan dianggap sebagai ubat atau tonik perangsang sistem saraf pusat dengan ciri-ciri
afrodisiak dimana kulit pokok Catuaba ini direbus dan airnya digunakan untuk atasi perasaan gemuruh atau bimbang, atasi masalah kurang daya ingatan serta mengubati masalah kelemahan seksual. Namun penemuan menunjukkan bahawa orang orang India rumpun Topi telah lama mengetahui tentang keupayaan dan khasiat Catuaba ini dalam meningkatkan prestasi seksual dan mereka mencampurkan Catuaba ini dengan herba lain seperti Puama Muira dan herba perangsang tenaga lain.
Nama saintifik Catuaba ialah Erythroxylum manakala nama nama biasa yang lain adalah seperti Chuchuhuasi, Catuaba, Pau
de Resposta dan Caramuru. Saya juga mendapati kajian penyelidikan yang
dilakukan dengan Erythroxylum vacciniifolium, Trichilia catigua, dan
Anemopaegma Mirandum.
Menurut Dr Meira Penna, Catuaba berfungsi sebagai satu
perangsang sistem saraf terutama berkaitan dengan mati pucuk dan kelemahan organ kemaluan lelaki. Ia adalah satu tonik perangsang yang sangat baik dandigunakan tanpa sebarang kesan buruk sama sekali. Di Brazil Catuaba dianggap sebagai afrodisiak dengan "keberkesanan yang terbukti" dan sebagai ubat tambahan untuk merawat mati pucuk atau lemah zakar. Ia juga digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah berkaitan saraf termasuk merawati insomnia, murung, dan sakit yang berkaitan dengan sistem
saraf pusat (seperti sciatica dan neuralgia).
Di Eropah perubatan herba
catuaba dianggap sebagai afrodisiak dan baik untuk otak dan saraf perangsang. Kulit
kayu herba ini digunakan untuk atasi kelemahan seksual, mati pucuk, kelesuan saraf, dan
kelesuan akibat kurang tenaga. Herba dan pengamal kesihatan di Amerika Syarikat mengguna Catuaba
dalam banyak tujuan, sebagai tonik untuk fungsi kemaluan, sebagai
perangsang sistem saraf pusat, untuk mati pucuk, keletihan fizikal, mengubati insomnia yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi dan daya ingatan
yang lemah.
Menurut Michael Van Straten, seorang penyelidik tumbuhan ubatan serta penulis negara Britain, Catuaba memberi manfaat kepada lelaki dan juga wanita sebagai
afrodisiak, tetapi dalam bidang mati pucuk para lelaki, keputusan ujian menunjukkan keberkesanannya yang sangat luar biasa dan memberangsangkan malah kajian juga menyatakan tidak ada bukti
kesan sampingan pengambilan Catuaba walaupun selepas penggunaan jangka panjang jika ianya diambil seperti yang disarankan.
Komponen Dalam Herba Catuaba
Juzuk kimia yang terdapat dalam catuaba termasuklah alkaloid,
tanin, minyak aromatik dan resin lemak, phytosterols, lignan cyclo, terpenes
sequi, dan flavonoid. Seorang penyelidik Brazil telah mengdokumen satu penemuana pada tahun 1958, menyatakan Catuaba juga mengandungi yohimbine alkaloid (tetapi ia tidak begitu jelas). Campuran flavalignans, termasuk cinchona (juga terdapat
dalam kulit kayu quinine), telah diasingkan daripada kulit Trichilia catigua
dan dilaporkan mempunyai ciri-ciri antibakteria dan anticancerous.
Kajian klinikal Catuaba juga telah menunjukkan hasil yang
berkaitan dengan ciri-ciri antibakteria dan antivirus. Satu kajian tahun 1992
menunjukkan bahawa ekstrak catuaba (Catuaba Erythroxylum) adalah berkesan dalam
melindungi tikus dari jangkitan maut wabak Escherichia Coli dan Staphylococcus Aureus selain lkemampuannnya menyekat penularan HIV dengan ketara. Kajian mendapati bahawa laluan
aktiviti anti-HIV Catuaba ini berpunca (sekurang-kurangnya sebahagian) dari
perencatan penyerapan HIV ke dalam sel, dan mencadangkan bahawa Catuaba
mempunyai potensi terhadap jangkitan oportunis pada pesakit HIV. Penemuan ini telah dipaten di Amerika
Syarikat pada tahun 2002) kepada sekumpulan penyelidik Brazil
untuk ekstrak kulit Catuaba (Trichilia Catigua). Paten yang merujuk kepada
kajian yang dijalankan ke atas haiwan tikus itu melaporkan bahawa ia melegakan kesakitan dan membina saluran darah yang selesa. Satu
kajian lain yang diterbitkan pada tahun 1997 melaporkan bahawa kulit kayu Catuaba
mempunyai kesan perubatan yang ketara dalam melegakan aktiviti dalam vivo.
Khasiat Dan Manfaat Catuaba
1. Sebagai afrodisiak dan perangsang libido (shahwat) bagi lelaki dan
perempuan
2. Untuk keseimbangan dan menenangkan sistem saraf pusat
(dan untuk sakit saraf dan keletihan)
3. Untuk atasi kebimbangan, tekanan emosi, dan insomnia (berkaitan
dengan neurotransmitter yang terlalu aktif)
4. Sebagai tonik umum (menyeimbangkan serta menguatkan fungsi badan
secara keseluruhan) untuk rawati daya ingatan yang lemah, merawati penyakit Alzheimer serta Demensia.
Klik SINI untuk tahu lebih lanjut tentang herba Catuaba!
No comments:
Post a Comment