* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Thursday, February 11, 2016

PUNCA DAN SEBAB UTAMA MATI PUCUK ATAU LEMAH TENAGA BATIN DAN KAEDAH RAWATAN

Mati pucuk (erectile dysfunction) atau lemah tenaga batin adalah suatu keadaan yang secara konsisten memberi kesan kepada keupayaan seseorang untuk mencapai atau mengekalkan ereksi, atau keupayaan untuk mencapai ejakulasi. Dengan kata mudah ialah zakar gagal menegang atau tidak mencapai ketegangan yang cukup untuk melakukan penetrasi atau zakal gagal mencapai ejakulasi. Ia adalah satu bentuk disfungsi erektil (ED) atau gangguan ereksi.

Terdapat boleh beberapa faktor yang menyumbang kepada mati pucuk atau ED ini. Ini termasuklah kedua-dua faktur emosi dan fizikal. Menurut The Merck Manual, dianggarkan 50 peratus lelaki berumur 40 hingga 70 mempunyai masalah ED pada satu masa atau ketika tertentu. Risiko mati pucuk meningkat seiring dengan pertambahan usia.

TErdapat kemungkinan bahawa lelaki dengan pendidikan yang lebih tinggi kurang mengalami mati pucuk, mungkin kerana mereka mempunyai gaya hidup sihat secara purata dan lebih berpengatuan tentang cara untuk menjaga kesihatan masing2 termasuk kesihatan fungsi zakar. Mati pucuk sering menyebabkan impak negatif yang memberi kesan kepada kehidupan seksual dan boleh menyebabkan tekanan tambahan seperti kemurungan dan mempunyai perasaan harga diri yang rendah.

Untuk itu memahami punca punca yang berpotensi yang kebiasaannya menyebabkan masalah ini akan boleh membantu seseorang lelaki untuk ambil langkah wajar mencegah atau merawati masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin masing masing. Antara sebab sebab kepada masalah Erectile Dysfunction in ialah:

1. PENYAKIT ENDOKRIN
Sistem endokrin tubuh badan manusia menghasilkan hormon yang mengawal metabolisme, fungsi seksual, pembiakan, mood, dan banyak lagi. 

Diabetes atau penyakit kencing manis adalah satu contoh penyakit endokrin yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami mati pucuk. Diabetes menjejaskan keupayaan badan untuk menggunakan hormon insulin. Salah satu kesan sampingan yang berkaitan dengan diabetes kronik adalah kerosakan saraf. Ini memberi kesan kepada sensasi atau sensitiviti zakar. Komplikasi lain yang berkaitan dengan diabetes ialah menjejaskan aliran darah ke alat sulit tersebut serta memnyebabkan gangguan paras hormon. Sebab itu sebahagian besar pesakit diabetes atau kencing manis ini juga menderita masalah zakar lemah atau tidak tegang dan gagal mencapau ereksi yang cukup untuk penetrasi sewaktu hubungan intim.

2. GANGGUAN SARAF ATAU NEUROLOGICAL
Beberapa masalah gangguan syarat neurologic boleh meningkatkan risiko untuk mati pucuk. keadaan gangguan saraf ini menjejaskan keupayaan otak untuk berkomunikasi dengan sistem pembiakan iaitu zakar mahu pun faraj manusia. Bagi lelaki situasi Ini boleh menghalang seseorang daripada mencapai ereksi. Antara bentuk gangguan saraf neurologi itu ialah:

a. Penyakit Alzheimer
b. Penyakit Parkinson
b. Ketumbuhan dalam otak atau tulang belakang
d. Masalah sklerosis berbilang
e. Penyakit strok
f. Penyakit epilepsi/sawan
g. Orang yang telah menjalani pembedahan kelenjar prostat juga boleh mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan mati pucuk.
h. Penunggang basikal tegar atau pelumba basikal jarak juga boleh mengalami mati pucuk sementara. Ini kerana tekanan berulang-ulang di bahagian punggung dan kemaluan boleh menjejaskan fungsi saraf dibahagian tersebut

3. PENGAMBILAN UBATAN TERTENTU
Mengambil ubat-ubatan tertentu boleh menjejaskan aliran darah, yang boleh membawa kepada ED. Terdapat sebagian orang yang tidak boleh berhenti mengambil ubat tanpa kebenaran doktor mereka, walaupun ia diketahui boleh menyebabkan mati pucuk. Contoh ubat-ubatan yang diketahui berpotensi menyebabkan mati pucuk ialah:

a. Alpha-Adrenergic Blockers, termasuk tTamsulosin (Flomax)
b. Beta- lockers, seperti Carvedilol (Coreg) dan Metoprolol (Lopressor)
c. Ubat-ubatan kemoterapi kanser seperti Cimetidine (Tagamet)
d. Ubat-ubatan penyakit saraf yang memberi gangguan pada sistem saraf pusat seperti Alprazolam (Xanax), Diazepam (Valium) dan Codeine (terdapat dalam pelbagai jenama)
e. Ubatan atau dadah perangsang sistem saraf, seperti kKokain atau Amfetamin
f. Ubatan Diuretik seperti fFurosemide (Lasix) dan Spironolactone (Aldactone)
g. Pengambilan hormon sintetik seperti Leuprolide (Eligard)

4. PENYAKIT BERKAITAN SISTEM KARDOVASKULAR / JANTUNG
Penyakit atau kondisi yang memberi kesan kepada jantung dan keupayaannya untuk mengepam darah dengan baik boleh menyebabkan mati pucuk atau lemah tenaga batin. Tanpa aliran darah yang mencukupi ke anggota zakar, seseoranglelaki  tidak boleh mencapai ereksi.

Aterosklerosis iaitu suatu keadaan yang menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat boleh menyebabkan mati pucuk. Kandungan kolesterol atau tekanan darah tinggi (hipertensi) juga dikaitkan dengan risiko yang meningkatkan untuk mati pucuk.

5. FAKTUR GAYA HIDUP DAN GANGGUAN EMOSI
Untuk mencapai ereksi, seseorang perlu terlebih dahulu melalui apa yang dikenali sebagai fasa keseronokan. Fasa ini boleh menjadi tindak balas emosi. Jika seseorang elaki mempunyai gangguan emosi, ini memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk menjadi ghairah. Antara punca itu ialah:

a. Kemurungan dan kebimbangan yang berkaitan dengan peningkatan risiko untuk mati pucuk.Kemurungan adalah perasaan sedih, kehilangan harapan, atau tidak berdaya. Keletihan yang berkaitan dengan kemurungan juga boleh menyebabkan mati pucuk.
b. Kebimbangan prestasi boleh menjadi satu lagi punca mati pucuk. Jika seseorang tidak dapat mencapai ereksi pada masa lepas, dia berkecenderungan takut tidak akan dapat mencapai ereksi pada masa akan datang. Seseorang juga mungkin mendapati ia tidak dapat mencapai ereksi dengan rakan atau pasangan tertentu. Seseorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kebimbangan prestasi mungkin dapat mempunyai ereksi penuh apabila melancap atau ketika tidur, tetapi ia tidak dapat mengekalkan ereksi semasa hubungan.

c. Penyalahgunaan dadah seperti kokain dan amfetamin atau amalan merokok tegar juga boleh menyebabkan mati pucuk. 
d. Penyalahgunaan alkohol boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk mencapai atau mengekalkan ereksi juga. Segera berjumpa dengan doktor anda jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.


Klik SINI untuk tahu Tanda Tanda Mati Pucuk dan Kaedah Rawatannya !


1 comment: