* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Tuesday, April 18, 2017

DAUN KETUM – KEBAIKAN DAN MANFAAT SEBAGAI PERANGSANG SEKSUAL (SEXUAL STIMULANT)

Antara manfaat kesihatan yang paling menarik tentang daun ketum (kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna speciose, termasuklah keupayaannya untuk menurunkan tekanan darah, melegakan kesakitan, meningkatkan metabolisme, meningkatkan tenaga seksual, meningkatkan sistem imun, mencegah kencing manis, mengurangkan kebimbangan, menghapuskan tekanan atau stress serta menggalakkan tidur yang sihat.

Tumbuhan ketum berasal dari Asia Tenggara, adalah pokok daun luruh tropika yang digunakan secara meluas di seluruh rantau ini untuk tujuan perubatan. Tumbuhan ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Ianya telah diharamkan penggunaanya secara bebas di Thailand (walaupun ia tumbuhan asli di sana) malah juga di negara kita, Malaysia kerana ia adalah pengganti semulajadi kepada candu serta ganja, sekali gus dibimbangi boleh menjejaskan rakyat dan ekonomi negara. Ia mempunyai banyak kesan ketagihan mirip morfin. Penyalah gunaan daun ketum boleh menyebabkan beberapa aplikasi jangka panjang untuk kesihatan manusia.

Kebanyakan manfaat kesihatan tumbuhan ketum diperolehi daripada sebatian kimia yang unik dan nutrien yang terdapat dalam daunnya. Ini termasuk pelbagai alkaloid dan bahan-bahan organik yang lain yang memberi kesan kepada banyak sistem organ dalam tubuh manusia. Daun ketum juga didapati diambil secara mengunyahnya  oleh penduduk di beberapa negara di mana pokok itu tumbuh secara semula jadi. Di Thailand umpamanya dikatakan sehingga 70% daripada populasi lelaki negara tersebut mengunyah antara 10 ke 60 helai daun ketum setiap hari.


Ketum memberikan kesan ketenangan serta beberapa manfaat kesihatan lain yang tidak dapat dinafikan. Pada asasnya daun ketum adalah sebagai pengganti candu, mengurangi ketagihan dadah dan merbahaya andai disalah guna pengambilannya.


Antara Kebaikan Daun Ketum Yang DiPerakui

1. Meredakan Kesakitan
Salah satu kesan yang paling jelas dan terkenal daun ketum adalah melegakan kesakitan. Sejak daun mula-mula dikenali, ini telah menjadi kegunaan utama kerana sifat-sifat analgesik alkaloid dan nutrien daripada daun dengan cepat boleh melegakan kesakitan di seluruh badan dengan cara memberi kesan kepada sistem hormon. Dengan meningkatkan jumlah serotonin dan dopamine yang dilepaskan ke dalam badan, rasa sakit boleh dikurangkan bila mengunyah daun ketum. Ia bertindak umpama pelali atau pill killer.

2. Penguat Sistem Imun
Kajian bebas mengenai pelbagai alkaloid yang terdapat dalam daun ketum telah menunjukkan bahawa kesan “combinative” boleh mempunyai efek yang besar kepada kekuatan dan daya tahan sistem imun. Walaupun kajian ini masih belum sempurna, kepercayaan tradisional dan anekdot tentang daun ini menunjukkan bahawa ia boleh mengurangkan keparahan penyakit atau memberi kesan pencegahan.

3. Perangsang Tenaga
Kesan metabolik ketum ialah kebolehannya meningkatkan tahap tenaga seseorang dengan mengoptimumkan proses metabolik tertentu dan memberi kesan tahap hormon. Ini adalah hasil daripada peningkatan peredaran dan pertambahan oksigen dalam darah ke bahagian-bahagian badan yang memerlukannya, menggabungkan dengan peningkatan aktiviti metabolik untuk menghasilkan tenaga. Untuk penghidap sindrom keletihan yang rronik, daun ketum sering boleh menjadi alternative penyelesaiannya.

4. Perangsang Seksual
Ini terlihat terutamanya dalam hal libido seksual dan kesuburan. Ketum dilihat oleh ramai pengamal perubatan tradisional serta penggunanya sebagai afrodisiak dan penggalak kesuburan, perangsang tenaga dan melicinkan aliran darah, boleh membantu meningkatkan kesuburan, menambah libido malah meningkatkan tahap ketegangan zakar para lelaki.

5. Meredakan Kebimbangan Dan Tekanan
Seperti yang anda mungkin boleh bayangkan apa-apa bahan yang mampu melegakan kesakitan dan menyebabkan kesan candu seperti pada tubuh, juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada kestabilan mental individu. Daun ketum digunakan secara meluas sebagai bahan anxiolytic untuk orang yang mengalami tekanan kronik, kemurungan, kebimbangan atau perubahan mood. Dengan mengawal hormon dalam badan kita, mengamal pengambilan ketum akhirnya boleh mendapatkan kelegaan daripada gejala-gejala tersebut akibat ketidakseimbangan kimia badan tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan berasas kimia lain.

6. Mengatasi Ketagihan Candu Atau Dadah
Oleh kerana sifat semulajadi daun ketum, ia telah digunakan sebagai kaedah untuk merawat ketagihan sejak beratus-ratus tahun. Dalam banyak budaya, ketagihan candu adalah isu utama, tetapi dengan kerap mengunyah daun ketum, ia menyediakan sensasi yang sama tanpa tanpa kesan sampingan yang negative teruk berbanding pengambilan candu dan dadah. Oleh itu ramai penagih yang sukar mendapatkan dadah atau candu, mereka sering beralih kepada daun ketum sebagai penyelesaian

7. Menjaga Kesihatan Jantung
Kajian telah membuktikan penggunaan daun ketum juga mampu menurunkan tekanan darah. Komponen kimia dalamnya memberi kesan kepada hormon badan, mampu mengurangkan keradangan seluruh badan termasuk dalam saluran darah dan arteri. Kerana kemampuannya melegakan ketegangan dalam sistem kardiovaskular, daun ketunm didapati dapat membantu mencegah keadaan yang serius pada jantung, umpamanya terosklerosis, serangan jantung, dan strok.

8. Merawati Dan Mencegah Diabetes
Salah satu faedah yang kurang dikenali daun ketum adalah kesan mereka ke atas paras gula darah. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa alkaloid yang terdapat dalam daun dapat membantu mengawal jumlah insulin dan glukosa dalam darah, berkesan mencegah kenaikan mendadak paras gula yang dihadapi pesakit kencing manis. Ia bukan sahaja dapat membantu pesakit diabetes menguruskan gangguan luka akibat paras gula, tetapi juga dapat membantu ia daripada merebak.


Amaran: Walaupun tidak ada bahaya yang diketahui jika dimabil dengan cara yang betul, namun ramai orang yang mengambil daun ketum melalui kesan sampingan tertentu seperti keletihan, loya, dan sembelit. Ini biasanya dialami bagi pengambilan pertama atau kedua kali akibat tubuh kita “acclimate” kepada sensasi. Kesan lain ialah ia boleh memabukkan termasuk sakit kepala atau rasa mual pada waktu pagi selepas digunakan. Ini adalah sesuatu yang anda boleh rasai sendiri berdasarkan sensitiviti tubuh masing masing.

1 comment:

  1. Setiap kebaikan ada keburukannya.ini kerana sifat manusia yg tamak. Ternyata daun ketum ini sudah diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional sejak sekian lama.
    Kalau daun ketum ini dihalalkan,maka saya percaya hospital dan klinik (swasta) tiada bisnes.

    ReplyDelete