Walaupun
pelbagai jenis ginseng mempunyai ciri-ciri yang berbeza, tetapi pada umumnya
ginseng mempunyai sebatian aktif yang dianggap memainkan peranan penting dalam
keberkesanan tumbuhan ini. Kompaun aktifnya ialah ginsenosides.
Fakta Mengenai Ginseng Amerika
Ginseng
Amerika sering digunakan untuk meningkatkan sistem imun, mengatasi selsema dan dan melegakan tekanan. Ada juga yang menggunakan ginseng untuk
meningkatkan selera makan dan memperbaiki sistem pencernaan. Malah ginseng Amerika juga dikatakan baik untuk merawat berbagai jenis penyakit seperti diabetes, anemia, insomnia, demam, disfungsi ereksi, kanser, sakit
sendi, pening, kehilangan ingatan, dan HIV / AIDS.
1. Disfungsi Erektile/Lemah Tenaga Batin
Bagi lelaki
yang mengalami masalah ini, ginseng boleh dimakan,minum sebagai "ubat kuat".
Anda boleh amalkan mengambil Ginseng 2 atau 3 kali seminggu dan lihat kesan
positifnya.
2. Ejakulasi Pramatang/Pancutan Awal
Satu kajian
mengatakan bahawa mengamal ekstrak ginseng pada dos 350 mg selama 8
minggu dapat meningkatkan fungsi seksual lelaki. Keberkesanan ginseng
dipercayai baik untuk meningkatkan kesihatan seksual lelaki.
3. Menopaus
Ginseng dapat
memperbaiki keadaan kesihatan dan kepuasan seksual wanita yang memasuki
menopause. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita postmenopausal yang
menggunakan ekstrak ginseng, menunjukkan kepuasan seksual yang lebih baik
dan mengadu kurang mengalami kemurungan atau gangguan mood. Ginseng juga boleh
meningkatkan tahap antioksidan dalam wanita menopaus.
4. Fungsi mental
Bagi anda yang
sudah berusia 40 an ke atas, anda boleh mencuba mengambil 200-400 mg ginseng sehari,
selama 12 minggu. Berdasarkan penyelidikan, ginseng dapat meningkatkan fungsi
mental, seperti meningkatkan daya pemikiran dan kemampuan pemikiran abstrak.
Ginseng juga dipercayai meningkatkan ingatan pada orang berusia 38 hingga 66
tahun, jika diamal bersama dengan ekstrak daun ginkgo biloba.
5. Penyakit
Alzheimer
Mengambil 4.5-9 gram ginseng ekstrak setiap hari selama tiga bulan mungkin meningkatkan keupayaan mental bagi pesakit bermasalah Alzheimer.
6. Penyakit Paru-Paru
Bagi anda yang
mempunyai masalah paru-paru, terutamanya penyakit pulmonari obstruktif kronik
(COPD), anda boleh mencuba makan 100 mg hingga 6 gram ginseng tiga kali
sehari, selama 3 bulan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan aktif dalam
ginseng dapat meningkatkan kesan antioksidan pada paru-paru yang dapat
memperbaiki gejala COPD.
7. Flu
Mengambil
ginseng boleh mengurangkan risiko teruk akibat selsema.
8. Multiple
Sclerosis
Mengambil
ekstrak ginseng boleh menghalang pembiakan penyakit dan mengurangkan gejala
yang dirasakan oleh orang yang mempunyai multiple sclerosis.