* DND JANTANA, DND QAMA'S CAPSULE, DND SEMALU CAPSULE * SENARAI UBAT KUAT DIHARAM KKM * SUPLEMEN UNTUK SUAMI ISTERI * ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Sabtu, 18 Januari 2025

DAUN SEMALU PENAWAR LEMAH TENAGA BATIN PENGIDAP DIABETIS

Ini berita baik khusus untuk lelaki yang terjejas keupayaan seksual akibat penyakit kencing manis. Petua memulihkan prestasi diranjang ini amat mudah disediakan dan diamalkan jika anda adalah kalangan yang alami lemah tenaga batin akibat kencing manis type 2. 

Gejala mati pucuk adalah salah satu akibat utama diabetes mellitus atau kencing manis type 2. Pokok semalu (shameplant atau nama sainsnya mimosa pudica) yang mudah didapati sekitar laman rumah, rupanya mempunyai banyak kesan terapeutik. Antaranya ialah untuk anti-diabetes, anti-obesiti dan kesan afrodisiak dalam meningkatkan fungsi seksual.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan penyelidik, kesan ketara ekstrak etanol dalam mimosa pudica (daun semalu) berupaya menghilangkan radikal bebas yang berlebihan dan mengurangkan kesan buruk diabetis akibat aloksan ke atas sistem seksual sekumpulan tikus jantan.

Tikus diabetis yang telah dirawat dengan ekstrak mimosa pudica mengalami pemulihan berat badan, berat organ pembiakan mereka, peningkatan kualiti sperma dan susunan histoselular testis teratur. Di samping itu didapati terdapat peningkatan tahap hormon yang ketara (testosteron, hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing) dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus diabetes jantan yang dirawat itu.

Selain itu enzim antioksidan, tahap SOD, CAT, GSH, dan GPx turut bertambah. Ia penanda tekanan oksidatif MDA dan ROS dikurangkan dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus jantan berkenaan.

Ini diperkuatkan lagi dengan hasil kajian dok molekul dalam siliko, ia telah dilakukan untuk meramalkan sebatian berpotensi tinggi ekstrak mimosa pudica terhadap reseptor PDE5. Dua sebatian bioaktif iaitu 3-Dibenzofuranamine (-11.1 kcal × mol−1), Stigmasta-7,16-dien-3-ol (-10.4 kcal × mol−1) menunjukkan pertalian pengikatan tertinggi dengan enzim PDE5, jauh lebih tinggi daripada ubat kuat berasaskan sildenafil (-9.9 kcal × mol−1). Menurut penemuan ini, sebatian bioaktif yang kaya dengan ekstrak etanol dari mimosa pudica atau pokok semalu menyumbangkan prestasi afrodisiak yang amat ketara ke atas tikus tikus diabetes yang dikaji.



Salah satu perkara yang menarik tentang daun semalu di Indonesia ialah daun pokok  ini begitu popular sebagai minuman ubat kuat semulajadi untuk lelaki. Perkara itu didedahkan secara langsung oleh doktor herba, Dr Muthoharrah, M.Si, dalam program Hidup Sihat tvOne, dilapor VIVA, Jumaat, 26 Mei 2023.

Seperti yang dijelaskan oleh Doktor Muthe, daun semalu mengandungi kalsium dan zink yang mana fungsinya untuk meningkatkan kadar testosteron. Testosteron sendiri berkaitan dengan hormon seksual lelaki.

Bagaimanapun kata Muthe, penyediaan minuman rebusan daun semalu sebagai ubat kuat lelaki tidak digalakkan pengambilannya setiap hari kerana boleh menjejaskan kesuburan. Sebaiknya amalkan 2 atau 3 kali seminggu. Maksima pengambilan yang disaran adalah 3 bulan saja.

Cara Penyediaan Ubat Kuat Daun Semalu

Hanya rebus segenggam daun semalu yang telah dibersihkan dalam satu atau dua gelas air. Kemudian tapis dan sejukkan pada suhu bilik. Minum ramuan ini setiap 2 atau 3 kali seminggu atau mengikut keperluan bagi meningkatkan prestasi kejantanan anda.

Semuga petua ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan.