* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Wednesday, November 27, 2019

KEBAIKAN AMERICAN GINSENG KEPADA KESIHATAN


Walaupun pelbagai jenis ginseng mempunyai ciri-ciri yang berbeza, tetapi pada umumnya ginseng mempunyai sebatian aktif yang dianggap memainkan peranan penting dalam keberkesanan tumbuhan ini. Kompaun aktifnya ialah ginsenosides.

Fakta Mengenai Ginseng Amerika

Ginseng Amerika sering digunakan untuk meningkatkan sistem imun, mengatasi selsema dan dan melegakan tekanan. Ada juga yang menggunakan ginseng untuk meningkatkan selera makan dan memperbaiki sistem pencernaan. Malah ginseng Amerika juga dikatakan baik untuk merawat berbagai jenis penyakit seperti diabetes, anemia, insomnia, demam, disfungsi ereksi, kanser, sakit sendi, pening, kehilangan ingatan, dan HIV / AIDS.

1. Disfungsi Erektile/Lemah Tenaga Batin
Bagi lelaki yang mengalami masalah ini, ginseng boleh dimakan,minum sebagai "ubat kuat". Anda boleh amalkan mengambil Ginseng 2 atau 3 kali seminggu dan lihat kesan positifnya.

2. Ejakulasi Pramatang/Pancutan Awal
Satu kajian mengatakan bahawa mengamal ekstrak ginseng pada dos 350 mg selama 8 minggu dapat meningkatkan fungsi seksual lelaki. Keberkesanan ginseng dipercayai baik untuk meningkatkan kesihatan seksual lelaki.


3. Menopaus
Ginseng dapat memperbaiki keadaan kesihatan dan kepuasan seksual wanita yang memasuki menopause. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita postmenopausal yang menggunakan ekstrak ginseng, menunjukkan kepuasan seksual yang lebih baik dan mengadu kurang mengalami kemurungan atau gangguan mood. Ginseng juga boleh meningkatkan tahap antioksidan dalam wanita menopaus.

4. Fungsi mental
Bagi anda yang sudah berusia 40 an ke atas, anda boleh mencuba mengambil 200-400 mg ginseng sehari, selama 12 minggu. Berdasarkan penyelidikan, ginseng dapat meningkatkan fungsi mental, seperti meningkatkan daya pemikiran dan kemampuan pemikiran abstrak. Ginseng juga dipercayai meningkatkan ingatan pada orang berusia 38 hingga 66 tahun, jika diamal bersama dengan ekstrak daun ginkgo biloba.

5. Penyakit Alzheimer
Mengambil 4.5-9 gram ginseng ekstrak setiap hari selama tiga bulan mungkin meningkatkan keupayaan mental bagi pesakit bermasalah Alzheimer.

6. Penyakit Paru-Paru
Bagi anda yang mempunyai masalah paru-paru, terutamanya penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), anda boleh mencuba makan 100 mg hingga 6 gram ginseng tiga kali sehari, selama 3 bulan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan aktif dalam ginseng dapat meningkatkan kesan antioksidan pada paru-paru yang dapat memperbaiki gejala COPD.

7. Flu
Mengambil ginseng boleh mengurangkan risiko teruk akibat selsema.

8. Multiple Sclerosis
Mengambil ekstrak ginseng boleh menghalang pembiakan penyakit dan mengurangkan gejala yang dirasakan oleh orang yang mempunyai multiple sclerosis.



Wednesday, August 14, 2019

TANAMAN GUARANA - PELUANG BUAT DUIT DI MALAYSIA TAHUN 2019

Tumbuhan Guarana telah sekian lama dikenali sebagai sumber aprodiasak iaitu herba yang banyak digunakan dalam pembuatan supplemen dan minuman perangsang tenaga manusia khususnya kaum lelaki. Pokok yang berasal dari Brazil ini amat banyak manfaatnya untuk kesihatan. Justru permintaan terhadap ekstrak Guarana di pasaran dunia hari ini begitu tinggi, menyebabkan harganya sangat mahal. Ini merupakan satu peluang menjana pendapatan buat para petani di Malaysia untuk mengusahakan tanaman ini yang kini mendapat galakan dari kementerian berkaitan kerana kesesuaian iklim dan komposisi tanah menyamai tanah, tempat asal tanaman ini.

Biji Guarana yang unik, seperti mata alien ada ceritanya

Guarana berkeupayaan bertindak sebagai:
  1. Analgesia : Mengurangkan kesakitan.
  2. Antiseptic : Mencegah jangkitan.s
  3. Afrodisiak : Mengembalikan keupayaan dan nafsu seks.
  4. Astringen : Mengurangkan rembesan badan
  5. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  6. Astringen : Mengurangkan rembesan badan.
  7. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  8. Kardiotonik : Menguatkan jantung.
  9. Agen hipotemia : Meredakan demam.
  10. Nervine : Menguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf.
  11. Pencahar : Mengosongkan kandungan usus.
  12. Perangsang : Merangsangkan kegiatan otak dan badan.
  13. Tonic : Menguatkan badan serta menghindari penyakit, terutamanya penyakit kronik.
Sejauh mana kah hasil dan untung jika mengusahakan tanaman ini?. Berikut adalah congakan kasar hasil pendapatan para petani jika beralih kepada tanaman Guarana.

Tanaman guarana berpotensi jana pendapatan sebanyak RM250,000 setiap ekar, harga sekilo biji Guarana pula boleh mencecah hingga RM200 (laporan Risda menerusi artikel SarawakVoice).

Projek tanaman guarana di Malaysia mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea, Jepun malah Amerika Syarikat juga menyatakan hasratnya untuk berminat mahu mengimport Guarana selain ia juga diperlukan dalam industri minuman/supplemen tempatan.

Fakta menarik tentang tanaman Guarana yang akan dilaksanakan di Malaysia
  • Guarana merupakan tanaman asal dihutan Amazon, Brazil beriklim khatulistiwa seperti Msia
  • Sukar diserang serangga perosak kerana daunnya pahit
  • Tempoh jangka hayatnya boleh hidup sehingga 20 tahun
  • Tumbuh dengan ketinggian maksima 10 kaki
  • Menghasilkan buah sebanyak 20kg hingga 40kg sepokok
  • Tempoh menuai pertama kali selama 14 bulan dan 2 kali tuaian setahun pada tahun berikutnya
  • Kos baja organik sebanyak RM700 setahun untuk 1 ekar
  • Boleh ditanam 300 pokok dalam seekar tanah dengan jarak 10'-12' setiap satu
  • Bersesuaian ditanam pada tanah yang ditanam sawit dan getah (PH tanah 4.5 - 5.5)
  • Jaminan belian balik buah pada harga RM 80/Kg dan daun RM 30/Kg oleh pihak RITZ
  • Kos anak pokok hanya RM 50 satu berbanding pendapatan yang bakal diperolehi
  • Mampu menjana pendapatan kasar sekitar RM 480,000 - RM 960,000 seekar sekali tuaian
  • Permintaan yang tinggi keatas produk Guarana terutama ekstrak untuk minuman isotonik dari negara eropah dan tepung guarana dari China

Kiraan Kasar Hasil Pendapatan Tanaman Guarana di Malaysia

1 Kg Biji Benih = RM 5,000
1 Kg Biji Benih = 700 biji jumlahnya
1 Ekar = 300 pokok tanaman

Mulai berbuah diusia 14 bulan (1 tahun 2 bulan)
Tempoh Matang 4 tahun
Tuaian 2 kali setahun hingga 20 tahun
Jumlah buah sekitar 20 Kg setiap pokok (purata)

Harga Jual
1 Kg buah = RM 80.00+
1 Kg daun = RM 30.00+

Kiraan Jumlah Hasil Pendapatan Seekar:

20 Kg x RM 80 x 300 pokok = RM480,000.00 (anggaran pendapatan kasar sebelum ditolak kos penyelenggaraan).

Hampir setengah juta Ringgit Malaysia tu bagi setiap ekar. Bagaimana kalau anda mempunyai tanah luas melebihi 1 ekar?. Lumayan bukan? Nah..pekebun kecil kelapa sawit dan getah yang pokoknya sudah tua, boleh lah berfikir untuk beralih ke tanaman Guarana ini!

Tonton Pautan Video ini untuk maklumat selanjutnya tentang cara untuk memulakan tanaman ini!

Monday, August 5, 2019

URUT TENAGA BATIN LELAKI MAK EROT

Banyak iklan perkhidmatan pakar atau tukang urut masalah alat kelamin lelaki ditemui di media sosial, baik tukang urut di Perlis, Kedah hingga lah ke Sabah dan Sarawak. Malah semua menyatakan memberi urutan pemulihan tenaga batin terbaik. Di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Kinabalu mau pun Kuching, tawaran tukang urut untuk ubati masalah seksual lelaki pasti ada yang diiklankan dan ditemui.

Tapi pernah kah anda tahu tentang kehebatan seorang wanita, pakar urut dan terapi zakar dan masalah kelelakian paling terhebat dan ampuh?. Wanita Indonesia bernama Mak Erot ini, kini telah menjadi lagenda dan amat dikenali khususnya di Indonesia. Berikut adalah kisahnya.

Lelaki yang bermasalah alat kelamin, amat ramai yang berkunjung ke rumah wanita Indonesia ini. Samada mereka menghadapi lemah tenaga batin, mati pucuk, kurang nafsu seksual, pancutan pra-matang (ED) mau pun yang memikiki saiz zakar yang kecil/pendek dan ingin membesar atau memanjangkan alat kelamin mereka, rumah wanita satu inilah yang menjadi tumpuan. Hadirnya Mak Erot, tentu para lelaki yang mendapat khidmatnya tidak perlu lagi mengambil supplemen ubat kuat lelaki.

Nama penuh Mak Erot ialah Hajah Erot binti Muntasya atau di Indonesia sering dipanggil sebagai Emot Erot, sudah kembali ke Sang Penciptanya. Umur Mak Erot ketika meninggal dunia dikatakan lebih dari 130 tahun. Namun tidak diketahui dengan pasti umur sebenar wanita yang namanya terkenal sebagai pemulih kejantanan para lelaki yang bermasalah dengan alat kelamin.


Mak Erot telah menjadi satu legenda, baik di Indonesia maupun di luar negara. Beliau sangat sangat popular sebagai pakar terapi untuk alat kelamin lelaki, walau pun beliau seorang wanita. Maka tidak hairanlah ramai lelaki datang ke rumahnya di Gunung Baru Pasir, Kampung Cigadog, Kampung Caringin, Daerah Cisolok, Kabupaten Sukabumi, Indonesia. Walau pun jalan masuk ke kediaman Mak Erot masih merupakan laluan jalan tanah merah dengan batu batu kerikil, malah perlu pula melalui kawasan curam sejauh kira-kira 16 kilometer dari Pelabuhan Ratu, namun pengunjung tidak putus putus sampai ke rumahnya.

Disebabkan terlalu ramai lelaki bertali arus datang ke untuk mendapatkan rawatan perubatan, akhirnya isteri kepada Bo'i bin Asbandini ini terpaksa meminta bantuan semua cucu cucunya untuk membantu proses rawatan. Mak Erot telah mewariskan ilmu yang dikuasainya dengan izin Allah, kepada para cucu cucu beliau. Mereka ini ikut menawarkan perkhidmatan kepada lelaki yang memerlukan bantuan, tidak hanya di Sukabumi malah juga di kota metropilitan Jakarta.

Salah satu cucu Mak Erot iaitu Syaifulloh telah membuka pusat perkhidmatannya di kawasan Kebon Sirih, Jakarta Pusat. Menurut Syaifulloh, kira kira 40 hari sebelum Mak Erot menghembuskan nafas terakhir, seluruh keluarga termasuk beliau telah bermimpi bahawa Mak Erot telah diambil oleh sekumpulan orang yang berpakaian putih. Mimpi itu ternyata benar benar berlaku, Mak Erot meninggal dunia di ruang depan dalam rumahnya yang luas. Sebelumnya beliau dirawat di Hospital Pelabuhan Ratu selama seminggu dan meninggal setelah beberapa hari kembali di rumah.

Menurut Syaifulloh, sebelum kematian neneknya itu, Mak Erot telah meminta seluruh keluarganya berkumpul dan mewasiatkan agar semua cucu cucunya meneruskan perkhidmatan urutan berkenaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Nenek beliau juga berpesan agar semua rezeki yang diperoleh dari hasil derma ramai, sebahagiannya perlu disumbangkan kepada masjid dan sekolah agama berasrama.

Jadi mengikut kehendak neneknya, rawatan kejantanan tersebut mesti diteruskan. Pewaris Mak Erot akan terus memberi perkhidmatan urut gaya Mak Erot. Walaupun Mak Erot telah tiada, kualiti rawatan dijamin tetap berkesan kerana semua keturunan Mak Erot telah mewarisi ilmu yang dimiliki oleh Mak Erot. Pasangan Hajjah Erot binti Muntasya dan H Bo'i bin Asban mempunyai tujuh orang anak, iaitu Hj Khonijah, Abad (meninggal), Itak (meninggal), H Thobi, H Uyat, Hj Ainah, dan H Nahmin. Malah ke semua anaknya masing masing telah berkeluarga dan mempunyai anak anak (cucu mereka).

Wednesday, May 22, 2019

KHASIAT MACA KEPADA KESIHATAN SEKSUAL WANITA

Akar Maca (Peruvian Ginseng) telah terbukti mampu tingkatkan prestasi dan kesihatan seksual kaum lelaki. Ia antara makanan tambahan popular yang telah banyak membantu kaum lelaki mengembalikan atau mempertahankan kemampuan alat kelamin mereka. Apakah Maca juga memberi kesan yang sama kepada kaum wanita?.

Dari sudut sejarah, akar tumbuhan Maca telah berabad lamanya diamalkan oleh penduduk di sekitar pergunungan Andes untuk pelbagai tujuan kesihatan. Penyelidik barat baru baru ini telah menemukan bahawa herba ini juga memiliki banyak manfaat kepada golongan wanita. Berikut adalah 7 khasiat utama yang dinikmati kaum wanita jika mengamalkan herba ini:

1. Seimbangkan Gejala Menopause
Maca banyak digunakan sebagai pengimbang hormon. Penyelidik mendapati Maca mempunyai kandungan nutrin dan phytochemical yang tinggi yang menyumbang kepada fungsi ini. Ia membantu mengatur dan mengimbangi berbagai gejala menopause seperti kepanasan tubuh, masalah gangguan tidur, masalah berpelun malam hari dan juga depresi/tekanan perasaan. Kajian menunjukkan wanita menopause yang mengambil herba ini menikmati kelegaan yang drastik dari gejala gejala yang menghantui mereka.


2. Memperbaiki Fungsi Seksual
Masalah dingin seksual wanita (female sexual dysfunction) berpunca dari berbagai faktor seiring dengan peningkatan usia, gaya hidup dan amalan nutrisi serta rawatan perubatan yang dilalui mereka. Walau pun kaedah rawatan konvensional berupaya mengembalikan keinginan seksual wanita, namun kaedah ini banyak meninggalkan kesan sampingan dalam jangka panjang berbanding tujuan asal ianya diambil.

Ujian klinikal mendapati pengambilan supplement Maca amat berkesan bagi menangani masalah dingin seks para wanita. Para wanita yang terlibat dalam penyelidikan berkenaan mendapati mereka mengalami peningkatan dalam kepuasan berhubungan kelamin bila mengamalkan Maca dalam kadar yang disarankan.

3. Afrodiasak
Sungguh pun kajian keberkesanan Maca sebagai afrodiasak atau perangsang nafsu jarang dilakukan, namun beberapa ujian skala kecil menunjukkan Maca berupaya membantu meningkatkan shahwat sebaik diambil beberapa jam sebelum masuk ke kamar tidur. Kerana itu reputasi Maca dalam membantu hubungan intim pasangan telah diperakui ramai berabad lamanya. Herb yang sarat dengan mineral seperti zink, yodium serta asid lemak penting ini mampu mengimbangi horon seksual selain meningkatkan mood dan seterusnya gairah wanita.

4. Meningkatkan Mood
Para pakar nutrisi juga telah mendapati fatty asid natural dalam banyak sumber makanan termasuk Maca adalah penting dalam menyokong peningkatan mood dan kesihatan otak. Pemeriksaan terhadap keberkesanan Maca sebagai pelindung kesihatan otak menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan herba ini diyakini merupakan alternatif terbaik sebagai pengganti kepada perawatan konvensional yang banyak bersumberkan dadah. Fatty acid dalam Maca menyokong fungsi otak untuk pemikiran lebih rasional. Ini antara sebab kenapa para doktor mencadangkan para wanita mengamil Omega Fatty acid (dimana ia kaya ditemui dalam Maca) untuk atasi masalah masalah seperti depresi, anxiety, stress yang berkait dengan perasaan tidak menyenangkan dikalangan wanita.

5. Kesuburan
Wanita mau pun lelaki amat mementingkan kesuburan alat kelamin masing masing. Kerana itu ramai yang mengamalkan supplement selain riadah untuk mengekalkan tahap kesuburan. Penyelidikan juga mendapati pengambilan Maca juga amat membantu dalam hal penting ini. Maca sering juga diguna sebagai perangsang kesuburan khususnya pada wanita kerana keupayaannya meningkatkan serum hormon lutien dalam kelenjar pituitari. 

6. Mengekalkan Kepadatan Tulang
Ketumpatan tulang sering menjadi masalah menjelang usia tua para wanita. Kajian keatas kesan kesan Maca terhadap gejala menopause wanita mendapati ia mempunyai kaitan ketara terhadap kepadatan tulang. Pastinya ini akan banyak membantu wanita terutama yang mengalami masalah osteoporosis atau mereka yang mahu melindungi kesihatan tulang masing masing.

7. Perangsang Tenaga
Maca amat aya dengan nutrin, mineral, fatty acid serta protien. Semua ini memberi sokongan kepada tahap tenaga dan kesan pemulihan segera kepada masaah kesihatan. Herba ini juga terbukti membantu prestasi para athlete dalam olahraga.

Kesimpulannya Maca tidak hanya memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan prestasi seksual kaum lelaki malah juga untuk para wanita. Untuk itu supplemen Maca ini amat baik diamalkan oleh pasangan suami isteri khususnya dilingkungan usia 35 tahun dan keatas. Makanan tambahan Maca Tongkat Ali adalah antara solusi mudah dan amat disarankan untuk setiap pasangan yang ingin mengekalkan kehidupan seksual dan hubungan dikamar tidur mereka agar sentiasa ceria dan mengasyikkan. Amalkan supplement ini mengikut sukatan yang dicadangkan.