* POWER VITA ENERGY KOREA * ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Wednesday, August 14, 2019

TANAMAN GUARANA - PELUANG BUAT DUIT DI MALAYSIA TAHUN 2019

Tumbuhan Guarana telah sekian lama dikenali sebagai sumber aprodiasak iaitu herba yang banyak digunakan dalam pembuatan supplemen dan minuman perangsang tenaga manusia khususnya kaum lelaki. Pokok yang berasal dari Brazil ini amat banyak manfaatnya untuk kesihatan. Justru permintaan terhadap ekstrak Guarana di pasaran dunia hari ini begitu tinggi, menyebabkan harganya sangat mahal. Ini merupakan satu peluang menjana pendapatan buat para petani di Malaysia untuk mengusahakan tanaman ini yang kini mendapat galakan dari kementerian berkaitan kerana kesesuaian iklim dan komposisi tanah menyamai tanah, tempat asal tanaman ini.

Biji Guarana yang unik, seperti mata alien ada ceritanya

Guarana berkeupayaan bertindak sebagai:
  1. Analgesia : Mengurangkan kesakitan.
  2. Antiseptic : Mencegah jangkitan.s
  3. Afrodisiak : Mengembalikan keupayaan dan nafsu seks.
  4. Astringen : Mengurangkan rembesan badan
  5. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  6. Astringen : Mengurangkan rembesan badan.
  7. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  8. Kardiotonik : Menguatkan jantung.
  9. Agen hipotemia : Meredakan demam.
  10. Nervine : Menguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf.
  11. Pencahar : Mengosongkan kandungan usus.
  12. Perangsang : Merangsangkan kegiatan otak dan badan.
  13. Tonic : Menguatkan badan serta menghindari penyakit, terutamanya penyakit kronik.
Sejauh mana kah hasil dan untung jika mengusahakan tanaman ini?. Berikut adalah congakan kasar hasil pendapatan para petani jika beralih kepada tanaman Guarana.

Tanaman guarana berpotensi jana pendapatan sebanyak RM250,000 setiap ekar, harga sekilo biji Guarana pula boleh mencecah hingga RM200 (laporan Risda menerusi artikel SarawakVoice).

Projek tanaman guarana di Malaysia mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea, Jepun malah Amerika Syarikat juga menyatakan hasratnya untuk berminat mahu mengimport Guarana selain ia juga diperlukan dalam industri minuman/supplemen tempatan.

Fakta menarik tentang tanaman Guarana yang akan dilaksanakan di Malaysia
  • Guarana merupakan tanaman asal dihutan Amazon, Brazil beriklim khatulistiwa seperti Msia
  • Sukar diserang serangga perosak kerana daunnya pahit
  • Tempoh jangka hayatnya boleh hidup sehingga 20 tahun
  • Tumbuh dengan ketinggian maksima 10 kaki
  • Menghasilkan buah sebanyak 20kg hingga 40kg sepokok
  • Tempoh menuai pertama kali selama 14 bulan dan 2 kali tuaian setahun pada tahun berikutnya
  • Kos baja organik sebanyak RM700 setahun untuk 1 ekar
  • Boleh ditanam 300 pokok dalam seekar tanah dengan jarak 10'-12' setiap satu
  • Bersesuaian ditanam pada tanah yang ditanam sawit dan getah (PH tanah 4.5 - 5.5)
  • Jaminan belian balik buah pada harga RM 80/Kg dan daun RM 30/Kg oleh pihak RITZ
  • Kos anak pokok hanya RM 50 satu berbanding pendapatan yang bakal diperolehi
  • Mampu menjana pendapatan kasar sekitar RM 480,000 - RM 960,000 seekar sekali tuaian
  • Permintaan yang tinggi keatas produk Guarana terutama ekstrak untuk minuman isotonik dari negara eropah dan tepung guarana dari China

Kiraan Kasar Hasil Pendapatan Tanaman Guarana di Malaysia

1 Kg Biji Benih = RM 5,000
1 Kg Biji Benih = 700 biji jumlahnya
1 Ekar = 300 pokok tanaman

Mulai berbuah diusia 14 bulan (1 tahun 2 bulan)
Tempoh Matang 4 tahun
Tuaian 2 kali setahun hingga 20 tahun
Jumlah buah sekitar 20 Kg setiap pokok (purata)

Harga Jual
1 Kg buah = RM 80.00+
1 Kg daun = RM 30.00+

Kiraan Jumlah Hasil Pendapatan Seekar:

20 Kg x RM 80 x 300 pokok = RM480,000.00 (anggaran pendapatan kasar sebelum ditolak kos penyelenggaraan).

Hampir setengah juta Ringgit Malaysia tu bagi setiap ekar. Bagaimana kalau anda mempunyai tanah luas melebihi 1 ekar?. Lumayan bukan? Nah..pekebun kecil kelapa sawit dan getah yang pokoknya sudah tua, boleh lah berfikir untuk beralih ke tanaman Guarana ini!

Tonton Pautan Video ini untuk maklumat selanjutnya tentang cara untuk memulakan tanaman ini!

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete