* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Monday, August 5, 2019

URUT TENAGA BATIN LELAKI MAK EROT

Banyak iklan perkhidmatan pakar atau tukang urut masalah alat kelamin lelaki ditemui di media sosial, baik tukang urut di Perlis, Kedah hingga lah ke Sabah dan Sarawak. Malah semua menyatakan memberi urutan pemulihan tenaga batin terbaik. Di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Kinabalu mau pun Kuching, tawaran tukang urut untuk ubati masalah seksual lelaki pasti ada yang diiklankan dan ditemui.

Tapi pernah kah anda tahu tentang kehebatan seorang wanita, pakar urut dan terapi zakar dan masalah kelelakian paling terhebat dan ampuh?. Wanita Indonesia bernama Mak Erot ini, kini telah menjadi lagenda dan amat dikenali khususnya di Indonesia. Berikut adalah kisahnya.

Lelaki yang bermasalah alat kelamin, amat ramai yang berkunjung ke rumah wanita Indonesia ini. Samada mereka menghadapi lemah tenaga batin, mati pucuk, kurang nafsu seksual, pancutan pra-matang (ED) mau pun yang memikiki saiz zakar yang kecil/pendek dan ingin membesar atau memanjangkan alat kelamin mereka, rumah wanita satu inilah yang menjadi tumpuan. Hadirnya Mak Erot, tentu para lelaki yang mendapat khidmatnya tidak perlu lagi mengambil supplemen ubat kuat lelaki.

Nama penuh Mak Erot ialah Hajah Erot binti Muntasya atau di Indonesia sering dipanggil sebagai Emot Erot, sudah kembali ke Sang Penciptanya. Umur Mak Erot ketika meninggal dunia dikatakan lebih dari 130 tahun. Namun tidak diketahui dengan pasti umur sebenar wanita yang namanya terkenal sebagai pemulih kejantanan para lelaki yang bermasalah dengan alat kelamin.


Mak Erot telah menjadi satu legenda, baik di Indonesia maupun di luar negara. Beliau sangat sangat popular sebagai pakar terapi untuk alat kelamin lelaki, walau pun beliau seorang wanita. Maka tidak hairanlah ramai lelaki datang ke rumahnya di Gunung Baru Pasir, Kampung Cigadog, Kampung Caringin, Daerah Cisolok, Kabupaten Sukabumi, Indonesia. Walau pun jalan masuk ke kediaman Mak Erot masih merupakan laluan jalan tanah merah dengan batu batu kerikil, malah perlu pula melalui kawasan curam sejauh kira-kira 16 kilometer dari Pelabuhan Ratu, namun pengunjung tidak putus putus sampai ke rumahnya.

Disebabkan terlalu ramai lelaki bertali arus datang ke untuk mendapatkan rawatan perubatan, akhirnya isteri kepada Bo'i bin Asbandini ini terpaksa meminta bantuan semua cucu cucunya untuk membantu proses rawatan. Mak Erot telah mewariskan ilmu yang dikuasainya dengan izin Allah, kepada para cucu cucu beliau. Mereka ini ikut menawarkan perkhidmatan kepada lelaki yang memerlukan bantuan, tidak hanya di Sukabumi malah juga di kota metropilitan Jakarta.

Salah satu cucu Mak Erot iaitu Syaifulloh telah membuka pusat perkhidmatannya di kawasan Kebon Sirih, Jakarta Pusat. Menurut Syaifulloh, kira kira 40 hari sebelum Mak Erot menghembuskan nafas terakhir, seluruh keluarga termasuk beliau telah bermimpi bahawa Mak Erot telah diambil oleh sekumpulan orang yang berpakaian putih. Mimpi itu ternyata benar benar berlaku, Mak Erot meninggal dunia di ruang depan dalam rumahnya yang luas. Sebelumnya beliau dirawat di Hospital Pelabuhan Ratu selama seminggu dan meninggal setelah beberapa hari kembali di rumah.

Menurut Syaifulloh, sebelum kematian neneknya itu, Mak Erot telah meminta seluruh keluarganya berkumpul dan mewasiatkan agar semua cucu cucunya meneruskan perkhidmatan urutan berkenaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Nenek beliau juga berpesan agar semua rezeki yang diperoleh dari hasil derma ramai, sebahagiannya perlu disumbangkan kepada masjid dan sekolah agama berasrama.

Jadi mengikut kehendak neneknya, rawatan kejantanan tersebut mesti diteruskan. Pewaris Mak Erot akan terus memberi perkhidmatan urut gaya Mak Erot. Walaupun Mak Erot telah tiada, kualiti rawatan dijamin tetap berkesan kerana semua keturunan Mak Erot telah mewarisi ilmu yang dimiliki oleh Mak Erot. Pasangan Hajjah Erot binti Muntasya dan H Bo'i bin Asban mempunyai tujuh orang anak, iaitu Hj Khonijah, Abad (meninggal), Itak (meninggal), H Thobi, H Uyat, Hj Ainah, dan H Nahmin. Malah ke semua anaknya masing masing telah berkeluarga dan mempunyai anak anak (cucu mereka).

1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete