* ALITHERA PLUS * DND JANTANA, DND QAMA'S CAPSULE, DND SEMALU CAPSULE * SENARAI UBAT KUAT DIHARAM KKM * SUPLEMEN UNTUK SUAMI ISTERI * ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Selasa, 4 Mac 2025

5 CARA ATASI PANCUTAN PRAMATANG

Masalah zakar pancut awal atau ejakulasi pramatang (PE) ketika hubungan intim adalah masalah biasa kaum adam. Namun isu ini boleh menjejaskan keharmonian antara pasangan dan tidak sedikit menjadi punca keruntuhan rumahtangga. Maka para lelaki harus mengambil berat permasalahan ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah premature ejaculation ini. Ia melibatkan gabungan beberapa teknik iaitu mental, fizikal serta perubahan gaya hidup selain perawatan moden dan tradisional.


1. Teknik Tingkah Laku

a. Kaedah Mula-Berhenti

Hentikan rangsangan ketika hampir mencapai klimaks. Kemudian sambung semula selepas beberapa saat.

b. Teknik Picit

Apabila rasa hampir klimaks, picit perlahan bahagian kepala zakar untuk mengurangkan rangsangan.

c. Cuba Pelbagai Posisi

Beberapa posisi senggama (seperti posisi mengiring) boleh membantu anda lebih mengawal keadaan.


2. Strategi Mental

a. Latihan Mindfulness & Pernafasan Dalam

Berlatih mengawal kesedaran dan minda dapat membantu mengawal ejakulasi dengan lebih baik

b. Alihkan Perhatian

Memikirkan sesuatu yang bukan seksual (tanpa kehilangan minat) ketika hubungan seks boleh membantu melambatkan ejakulasi. Fokus hal lain ketika terasa hampir ejakulasi.

c. Kurangkan Kebimbangan Prestasi

Rasa risau memikir tentang prestasi diri boleh memburukkan  keadaan. Maka fokus fikiran kepada keseronokan dan bukan prestasi. Perasaan bimbang sebelum hubungan intim perlu diredakan.


3. Senaman Lantai Pelvik (Kegel)

Menguatkan otot pelvis dengan amalan senaman kegel (senaman rimau) boleh membantu mengawal ejakulasi. Cuba buat latihan kemut otot seperti ketika digunakan untuk menghentikan aliran air kencing, tahan kemutan selama beberapa saat, kemudian lepaskan. Ulang beberapa kali sehari. Ini akan membantu atasi pancutan awal.


4. Perubahan Gaya Hidup

a. Bersenam Secara Berkala

Aktiviti senaman dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.

b. Pemakanan Sihat

Lebihkan makanan kaya dengan zink dan magnesium (contoh: bayam, kacang, coklat gelap) boleh membantu kesihatan seksual.

c. Kurangkan Alkohol & Merokok

Alkohol dalam minuman keras dan nikotin dan bahan kandungan lain dalam rokok boleh menjejaskan stamina dan kawalan ejakulasi.


5. Penyelesaian Perubatan (Jika Perlu)

a. Krim atau Semburan Kebas

Mengurangkan sensitiviti tetapi perlu digunakan dengan sederhana. Banyak krim sapuan "tahan lama" pereda sensitiviti dijual dipasaran. Pilih yang dipercayai.

b. Ubat SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)

Sesetengah ubat antidepresan boleh membantu melambatkan ejakulasi ( perlu ujuk doktor). Elak ambil sebarangan.

c. Suplemen Semulajadi Berasaskan Herba

Ambil suplemen natural yang bersumberkan herba afrofisiak (ashwagandha, maca root dll) keluaran syarikat yang dipercayai.

d. Berjumpa Doktor atau Pakar Seksual

Jika masalah berterusan, dapatkan nasihat profesional untuk penyelesaian yang lebih sesuai.

*Beberapa suplemen dil laman blog ini seperti Alithera Plus dan DND Jantana, insyallah dapat membantu ejakulasi pramatang.