* ALITHERA PLUS * DND JANTANA, DND QAMA'S CAPSULE, DND SEMALU CAPSULE * SENARAI UBAT KUAT DIHARAM KKM * SUPLEMEN UNTUK SUAMI ISTERI * ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Ahad, 14 Disember 2025

PENTAVITE MEN MULTI | SUPLEMEN LELAKI UNTUK TENAGA, VITALITI & KESIHATAN SEKSUAL

Pentavite Men Multi ialah multivitamin khas lelaki untuk merangsang tenaga, hormon lelaki & kesihatan seksual. Ia sesuai diamal setiap hari untuk prestasi yang optimum.

Dalam dunia serba pantas hari ini, lelaki sering berdepan keletihan, tekanan kerja, kurang stamina dan penurunan keyakinan diri. Semua ini boleh memberi kesan kepada prestasi harian termasuk kesihatan seksual lelaki khususnya prestasi ketika aktiviti intim bersama pasangan.

Pentavite Men Multi diformulasikan khas sebagai multivitamin lengkap untuk lelaki bagi menyokong tenaga, hormon dan vitaliti lelaki secara menyeluruh dengan cara yang selamat dan semula jadi.




Kenapa Lelaki Perlu Ambil Pentavite Men Multi?

๐Ÿ‘‰Gaya hidup yang sibuk

๐Ÿ‘‰Tekanan beban kerja dan kewangan

๐Ÿ‘‰Pemakanan tidak seimbang 

๐Ÿ‘‰Keletihan fizikal & mental 

๐Ÿ‘‰Stamina dan keinginan seksual menurun 

๐Ÿ‘‰Keperluan nutrien lelaki yang berbeza

Pentavite Men Multi membantu melengkapkan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh lelaki setiap hari.






Kelebihan Pentavite Men Multi untuk Kesihatan Seksual Lelaki

✅ Menyokong Tenaga & Stamina Lelaki

Diperkaya dengan Vitamin B Kompleks (B1, B2, B6, B12) yang membantu:

๐Ÿ‘‰ Menukar makanan kepada tenaga

๐Ÿ‘‰ Mengurangkan keletihan

๐Ÿ‘‰ Menyokong stamina fizikal dan seksual

Tenaga yang mencukupi membantu lelaki lebih bersedia secara fizikal dan mental.


✅ Menyokong Paras Hormon Lelaki yang Normal

Kandungan Zink di dalamnya membantu:

๐Ÿ‘‰ Mengekalkan paras testosteron normal

๐Ÿ‘‰ Menyokong fungsi reproduktif lelaki

๐Ÿ‘‰ Memelihara kesihatan sperma

Zink merupakan mineral penting untuk keinginan seksual dan kesuburan lelaki.


✅Melancarkan Aliran Darah & Fungsi Saraf

Gabungan vitamin dan mineral membantu:

๐Ÿ‘‰ Peredaran darah yang sihat

๐Ÿ‘‰ Fungsi saraf normal

๐Ÿ‘‰ Refleksi otot yang lebih baik

Aliran darah dan saraf yang sihat penting untuk fungsi seksual normal.


✅Membantu Kurangkan Tekanan & Keletihan Mental

Tekanan adalah antara punca utama penurunan libido. Pentavite Men Multi membantu:

๐Ÿ‘‰ Menyokong sistem saraf

๐Ÿ‘‰Meningkatkan fokus dan kesejahteraan mental

๐Ÿ‘‰ Mengurangkan keletihan akibat stres

Apabila minda lebih tenang, hubungan intim menjadi lebih berkualiti.


๐Ÿ‘‰Memelihara Kesihatan Lelaki Secara Menyeluruh

Selain kesihatan seksual, Pentavite Men Multi juga membantu:

๐Ÿ‘‰ Sistem imun

๐Ÿ‘‰ Kesihatan otot & tulang

๐Ÿ‘‰ Metabolisme tenaga

๐Ÿ‘‰ Prestasi fizikal harian

Satu multivitamin ini menyumbangkan pelbagai manfaat untuk lelaki aktif.


Siapa Yang Sesuai Mengambil Pentavite Men Multi?

✔️ Lelaki bekerja & sibuk 
✔️ Lelaki berkeluarga 
✔️ Lelaki aktif dan bersukan 
✔️ Lelaki berusia 20 tahun ke atas 
✔️Lelaki yang ingin menjaga kesihatan seksual secara semula jadi


Cara Pengambilan

Ambil 1 tablet sahaja sehari selepas makan atau mengikut saranan doktor. Untuk hasil terbaik, amalkan bersama pemakanan seimbang dan senaman berkala. Pastikan juga rehat yang mencukupi.




Kenapa Pilih Pentavite Men Multi?

✅ Dirumus khas untuk keperluan lelaki 
✅ Mudah diamalkan setiap hari 
✅ Sokongan nutrien lengkap 
✅ Jenama dipercayai
✅ Lulus KKM
✅ Halal
✅ Banyak testimoni positif pengguna



Bertindak Sekarang

Jaga kesihatan seksual dan kelakian anda dari sekarang. Tenaga lebih baik,  keyakinan meningkat, kehidupan dan hubungan intim lebih berkualiti dan menyeronokkan.

Dapatkan Pentavite Men Multi hari ini dari Pentavite Official Store di Shopee untuk pastikan mendapat produk original atau KLIK SINI





Selasa, 4 Mac 2025

5 CARA ATASI PANCUTAN PRAMATANG

Masalah zakar pancut awal atau ejakulasi pramatang (PE) ketika hubungan intim adalah masalah biasa kaum adam. Namun isu ini boleh menjejaskan keharmonian antara pasangan dan tidak sedikit menjadi punca keruntuhan rumahtangga. Maka para lelaki harus mengambil berat permasalahan ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah premature ejaculation ini. Ia melibatkan gabungan beberapa teknik iaitu mental, fizikal serta perubahan gaya hidup selain perawatan moden dan tradisional.


1. Teknik Tingkah Laku

a. Kaedah Mula-Berhenti

Hentikan rangsangan ketika hampir mencapai klimaks. Kemudian sambung semula selepas beberapa saat.

b. Teknik Picit

Apabila rasa hampir klimaks, picit perlahan bahagian kepala zakar untuk mengurangkan rangsangan.

c. Cuba Pelbagai Posisi

Beberapa posisi senggama (seperti posisi mengiring) boleh membantu anda lebih mengawal keadaan.


2. Strategi Mental

a. Latihan Mindfulness & Pernafasan Dalam

Berlatih mengawal kesedaran dan minda dapat membantu mengawal ejakulasi dengan lebih baik

b. Alihkan Perhatian

Memikirkan sesuatu yang bukan seksual (tanpa kehilangan minat) ketika hubungan seks boleh membantu melambatkan ejakulasi. Fokus hal lain ketika terasa hampir ejakulasi.

c. Kurangkan Kebimbangan Prestasi

Rasa risau memikir tentang prestasi diri boleh memburukkan  keadaan. Maka fokus fikiran kepada keseronokan dan bukan prestasi. Perasaan bimbang sebelum hubungan intim perlu diredakan.


3. Senaman Lantai Pelvik (Kegel)

Menguatkan otot pelvis dengan amalan senaman kegel (senaman rimau) boleh membantu mengawal ejakulasi. Cuba buat latihan kemut otot seperti ketika digunakan untuk menghentikan aliran air kencing, tahan kemutan selama beberapa saat, kemudian lepaskan. Ulang beberapa kali sehari. Ini akan membantu atasi pancutan awal.


4. Perubahan Gaya Hidup

a. Bersenam Secara Berkala

Aktiviti senaman dapat meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan.

b. Pemakanan Sihat

Lebihkan makanan kaya dengan zink dan magnesium (contoh: bayam, kacang, coklat gelap) boleh membantu kesihatan seksual.

c. Kurangkan Alkohol & Merokok

Alkohol dalam minuman keras dan nikotin dan bahan kandungan lain dalam rokok boleh menjejaskan stamina dan kawalan ejakulasi.


5. Penyelesaian Perubatan (Jika Perlu)

a. Krim atau Semburan Kebas

Mengurangkan sensitiviti tetapi perlu digunakan dengan sederhana. Banyak krim sapuan "tahan lama" pereda sensitiviti dijual dipasaran. Pilih yang dipercayai.

b. Ubat SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors)

Sesetengah ubat antidepresan boleh membantu melambatkan ejakulasi ( perlu ujuk doktor). Elak ambil sebarangan.

c. Suplemen Semulajadi Berasaskan Herba

Ambil suplemen natural yang bersumberkan herba afrofisiak (ashwagandha, maca root dll) keluaran syarikat yang dipercayai.

d. Berjumpa Doktor atau Pakar Seksual

Jika masalah berterusan, dapatkan nasihat profesional untuk penyelesaian yang lebih sesuai.

*Beberapa suplemen dil laman blog ini seperti Alithera Plus dan DND Jantana, insyallah dapat membantu ejakulasi pramatang.

Ahad, 2 Mac 2025

CARA GINSENG INDIA MERAWAT MATI PUCUK

Ashwagandha atau Ginseng India (Withania somnifera) ialah herba adaptogenik yang boleh membantu masalah disfungsi erektil (ED) dengan menangani faktor asas seperti tekanan, kebimbangan, tahap testosteron dan aliran darah.

Begini cara ia berfungsi: 

1. Mengurangkan Tekanan dan Kebimbangan 

Tahap kortisol (hormon tekanan) yang tinggi boleh menurunkan testosteron dan menyebabkan ED. Ashwagandha merendahkan kortisol, menggalakkan kelonggaran dan mengurangkan kebimbangan prestasi, punca biasa ED. 

2. Meningkatkan Tahap Testosteron

 Sesetengah kajian mencadangkan ashwagandha boleh meningkatkan testosteron dan meningkatkan kualiti sperma, yang boleh meningkatkan libido dan fungsi ereksi. 

3. Memperbaiki Peredaran Darah.

Ia mengandungi sebatian yang meningkatkan pengeluaran nitrik oksida (NO), membantu saluran darah mengendur dan meningkatkan aliran darah ke zakar. 

4. Meningkatkan Fungsi Saraf 

Ashwagandha menyokong sistem saraf, yang boleh meningkatkan rangsangan seksual dan tindak balas. 

Adakah Ia Berfungsi? 

Banyak kajian mendapati Ashwagandha boleh membantu masalah ED, terutamanya apabila disebabkan oleh tekanan atau testosteron rendah. Walau bagaimanapun ia bukan vasodilator langsung seperti Viagra. Jadi kesannya mungkin tidak serta-merta atau cepat dalam kes ED yang teruk. Namun ia merawat secara natural dan beransur ansur tanpa kesan sampingan.

Kombinasi Ginseng India yang tepat dengan beberapa herba afrodisiak lain akan lebih memberi kesan yang optimum dan menyeluruh dalam kes merawat masalah mati pucuk dan kesihatan sistem reproduksi lelaki.

Khamis, 20 Februari 2025

POKOK MIANG KAMBING DAN ALITHERA PLUS

Pokok Miang Kambing (Bahasa Indonesia) atau Rumput Kambing Galak adalah nama lain untuk Epimedium atau Horny Goat atau Yinyanghuo yang merupakan ubat herba tradisional Cina. Tumbuhan yang membuat kambing jadi "horny" setelah memakannya, juga dipanggil Rumput Tanduk Kambing. Herba ini terkenal dan sering digunakan untuk merawat masalah mati pucuk dan masalah sistem reproduksi lelaki.

Mendengar nama tumbuhan ini pun menimbulkan tanda tanya pada kebanyakan orang. Menurut kitab tua China, tumbuhan ini mula ditemui oleh seorang penggembala kambing yang telah menyaksikan peningkatan aktiviti mengawan (seksual) dalam kawanan kambing beliau setelah memakan tumbuhan horny goat. Inilah asal bagaimana herba tersebut mendapat nama.



Manakala Alithera Plus adalah suplemen untuk kesihatan seksual lelaki keluaran terbaru syarikat TDC Holding Sdn Bhd, enhanced version kepada produk suplemen Alithera sebelumnya. Alithera Plus versi baru ini diformulasi khusus untuk selesaikan masalah berkaitan organ seks dan tenaga batin kaum lelaki berbanding dengan Alithera terdahulu yang manfaatnya lebih bersifat umum.


Ekstrak Horny Goat atau Pokok Miang Kambing adalah salah satu dari tambahan 3 herba afrodisiak yang dimasukkan sebagai bahan utama Alithera Plus. Dua herba lain ialah Ginseng India atau Ashwaganda dan Maca Root (akar Maca). Inilah yang membuat Alithera Plus lebih powerful dan berkesan sebagai solusi masalah kesihatan seksual kaum lelaki. Herba Ashwagandha, Maca Root dan Horny Goat memang telah lama diperakui kelebihan mereka dalam merawat masalah berkaitan mati pucuk dan sistem kesuburan alat kelamin lelaki.

Ashwagandha atau Ginseng India ialah herba yang baik untuk beberapa isu kesihatan lelaki terutamanya kesihatan seksual, mengawal stress dan menambah tenaga. Ashwagandha boleh membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan, boleh membantu atasi masalah sukar tidur, boleh mengurangkan tahap kortisol iaitu hormon stress yang boleh memberi kesan kepada pengeluaran testosteron. Ashwaganda boleh meningkatkan tahap testosteron, boleh meningkatkan libido dan fungsi erektil, boleh meningkatkan kualiti dan jumlah sperma. Dalam perubatan Ayurveda, Ashwagandha dianggap sebagai afrodisiak, ia berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kesihatan mental secara keseluruhan. Ia juga boleh membantu kekuatan otot dan pemulihan selepas bersenam.

Maca Root boleh membantu kesihatan seksual, tenaga dan kesuburan pada lelaki. Akar Maca boleh meningkatkan libido dan keinginan seksual, boleh merawat mati pucuk, boleh meningkatkan pergerakan dan kepekatan sperma, boleh meningkatkan tenaga dan daya tahan, boleh meningkatkan kekuatan otot dan ketangkasan selain boleh meningkatkan jumlah mani dan bilangan sperma setiap kali ejakulasi.

Epimedium atau Horny Goat adalah herba yang boleh membantu kesihatan seksual, kesihatan tulang dan lain lain. Herba Horny Goat boleh membantu pulihkan mati pucuk dan tingkatkan libido, melancarkan aliran darah, membantu mengekalkan keinginan seksual dan boleh membantu masalah pancutan pra-matang agar Mr P lebih tegang dan tahan lebih lama.

Tiga herba afrodisiak tambahan disebut diatas yang membezakan suplemen Alithera Plus dengan suplemen Alithera versi sebelumnya. Alithera Plus lebih fokus kepada solusi kesihatan seksual lelaki sedangkan Alithera tertumpu kepada kesihatan umum selain ia adalah unisex supplement.

Faktor pemakanan dan persekitaran termasuk alam pekerjaan dunia moden hari ini banyak memberi kesan terhadap kesihatan kaum lelaki termasuk fungsi seksualiti dan sistem reproduksi. Hasil kaji selidik semasa menzahirkan angka yang amat membimbangkan. Sekitar 70% lelaki didapati menghadapi masalah kesuburan dan kesihatan seksual yang berbagai termasuklah isu serius iaitu mati pucuk.

Antara penyumbang utama masalah rumah tangga dan perceraian suami isteri adalah berpunca dari tiadanya hubungan intim yang harmoni antara pasangan. Kurangnya aktiviti di kamar tidur boleh memudarkan hubungan suami isteri. Apatah lagi jika satu pihak tidak betul betul menikmatinya. Para suami harus cakna soal ini dan tidak perlu malu untuk perbaiki kekurangan diri. Isteri pula harus membantu suami perbetulkan situasi demi faedah bersama.

'Alithera Plus diformulasikan dan dikeluarkan oleh TDC Holding Sdn Bhd khusus untuk membantu mereka yang memerlukan. Ianya satu suplemen natural yang selamat, halal dan powerful untuk kembalikan semula kejantanan kaum Adam disamping membantu kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Dapatkan Alithera Plus sekarang!

Untuk pembelian Alithera Plus, sila lengkapkan borang ini dan anda akan dihubungi dealer sah TDC Holding.

#alitheraplus

Khamis, 13 Februari 2025

PAHIT CAPSULE DND SPICE SOLUSI MR P GAGAL EREKSI AKIBAT DIABETES

Tahukah anda bahawa tidak semua jenis penyakit kencing manis jejaskan kesuburan lelaki dan menyebabkan penghidapnya alami masalah mati pucuk atau zakar tidak dapat keras secukupnya (lembik) untuk lakukan penetrasi ketika hubungan kelamin.

Umumnya ada 3 jenis penyakit kencing manis iaitu Type 1, Type 2 dan diabetes waktu hamil (wanita). Hanya diabetes Type 2 sahaja yang memberi kesan secara langsung kepada kesuburan sistem reproduksi lelaki. Fungsi zakar mula terjejas selepas 5 tahun tarikh mula hidapi kencing manis.

Lelaki yang menghidap diabetes jenis 2 akan mengalami kerosakan DNA dalam sperma menyebabkan ketidaksuburan sistem reproduksi mereka.

Diabetes beri kesan kepada kesuburan lelaki melalui tiga cara berikut:

Zakar Mati Pucuk

Komplikasi ini boleh merosakkan saluran darah kecil dan menurunkan paras testosteron.

Kurang Nafsu Seks

Disebabkan tahap rendah hormon testosteron, diabetes akan menjejaskan keinginan seksual pada lelaki.

Kadar Pancutan Mani Lemah

Diabetes akan merosakkan saraf kecil yang mengawal ejakulasi. Lelaki yang menghidap diabetes mempunyai kuantiti air mani yang rendah (hanya 2.6 ml berbanding 3.3 ml bagi lelaki yang tidak menghidap diabetes).

Jika anda pesakit diabetes Type 2 dan telah alami gejala yang dinyatakan di atas, jangan risau kerana ada solusi untuk atasi semua itu. Bagi yang mula didiagnosa diabetes Type 2, bertindaklah awal untuk cegah kesan buruk berkenaan dari berlaku.

Antara ikhtiar rawatan ialah dengan mengambil pil kesuburan Viagra, Cialis atau Levitra untuk merawat mati pucuk, mengembalikan nafsu shahwat dan membantu aliran ejakulasi sperma.

Bagaimana pun pil pil sintetik berkenaan mempunyai kesan tertentu dan pengambilannya perlu berhati hati khususnya jika anda juga ada masalah kesihatan lain khususnya yang terkait dengan jantung. Selain itu kesan pil pil berkenaan adalah bersifat sementara dan tidak merawat secara dalaman. Malah harganya agak mahal.

Alternatif lain yang baik untuk solusi adalah mengambil suplemen alami seperti DND Jantana atau yang terkini adalah QAMA'S Capsule dan PAHIT Capsule DND SPICE keluaran syarikat Dr Noordin Darus. Ia lebih selamat untuk hampir semua orang kerana bahan aktifnya berasaskan herba dan rempah ratus terpilih dan diproses menggunakan teknologi nano mikro-nutrien terkini.


Nota: DND SPICE adalah kapsul herba dan rempah ratus terpilih keluaran syari1kat Dr Noordin Darus yang terdiri dari 12 jenis suplemen. Pahit Capsule, Qama's Capsule dan Semalu Capsule adalah 3 diantaranya.

Jumaat, 31 Januari 2025

AWAS LELAKI YANG AMBIL UBAT DARAH TINGGI

Ubat darah tinggi yang bertujuan untuk mengawal tekanan darah tinggi hakikatnya banyak juga kesan sampingannya. Salah satunya adalah boleh menyababkan mati pucuk (ED) dikalangan lelaki. Banyak jenis ubat darah tinggi di pasaran dan disyorkan oleh KKM. Tiap jenis ubat tersebut mempunyai kesan positif dan negatif yang berbeza.

Berikut adalah penjelasan Dr Farah, kakitangan klinik DND (Dr Noordin Darus) mengenai kesan sampingan ubat darah tinggi kepada pesakit termasuklah jenis yang boleh menyebabkan lelaki mati pucuk (ED) dan hilang keupayaan seksual jika diambil dalam tempoh yang lama.


Ambil tahu ubat darah tinggi jenis apa yang perlu anda ambil sesuai dengan kondisi kesihatan diri dan berbincanglah dengan doktor.

Sabtu, 18 Januari 2025

DAUN SEMALU PENAWAR LEMAH TENAGA BATIN PENGIDAP DIABETIS

Ini berita baik khusus untuk lelaki yang terjejas keupayaan seksual akibat penyakit kencing manis. Petua memulihkan prestasi diranjang ini amat mudah disediakan dan diamalkan jika anda adalah kalangan yang alami lemah tenaga batin akibat kencing manis type 2. 

Gejala mati pucuk adalah salah satu akibat utama diabetes mellitus atau kencing manis type 2. Pokok semalu (shameplant atau nama sainsnya mimosa pudica) yang mudah didapati sekitar laman rumah, rupanya mempunyai banyak kesan terapeutik. Antaranya ialah untuk anti-diabetes, anti-obesiti dan kesan afrodisiak dalam meningkatkan fungsi seksual.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan penyelidik, kesan ketara ekstrak etanol dalam mimosa pudica (daun semalu) berupaya menghilangkan radikal bebas yang berlebihan dan mengurangkan kesan buruk diabetis akibat aloksan ke atas sistem seksual sekumpulan tikus jantan.

Tikus diabetis yang telah dirawat dengan ekstrak mimosa pudica mengalami pemulihan berat badan, berat organ pembiakan mereka, peningkatan kualiti sperma dan susunan histoselular testis teratur. Di samping itu didapati terdapat peningkatan tahap hormon yang ketara (testosteron, hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing) dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus diabetes jantan yang dirawat itu.

Selain itu enzim antioksidan, tahap SOD, CAT, GSH, dan GPx turut bertambah. Ia penanda tekanan oksidatif MDA dan ROS dikurangkan dalam kedua-dua serum dan homogenat testis tikus tikus jantan berkenaan.

Ini diperkuatkan lagi dengan hasil kajian dok molekul dalam siliko, ia telah dilakukan untuk meramalkan sebatian berpotensi tinggi ekstrak mimosa pudica terhadap reseptor PDE5. Dua sebatian bioaktif iaitu 3-Dibenzofuranamine (-11.1 kcal × mol−1), Stigmasta-7,16-dien-3-ol (-10.4 kcal × mol−1) menunjukkan pertalian pengikatan tertinggi dengan enzim PDE5, jauh lebih tinggi daripada ubat kuat berasaskan sildenafil (-9.9 kcal × mol−1). Menurut penemuan ini, sebatian bioaktif yang kaya dengan ekstrak etanol dari mimosa pudica atau pokok semalu menyumbangkan prestasi afrodisiak yang amat ketara ke atas tikus tikus diabetes yang dikaji.



Salah satu perkara yang menarik tentang daun semalu di Indonesia ialah daun pokok  ini begitu popular sebagai minuman ubat kuat semulajadi untuk lelaki. Perkara itu didedahkan secara langsung oleh doktor herba, Dr Muthoharrah, M.Si, dalam program Hidup Sihat tvOne, dilapor VIVA, Jumaat, 26 Mei 2023.

Seperti yang dijelaskan oleh Doktor Muthe, daun semalu mengandungi kalsium dan zink yang mana fungsinya untuk meningkatkan kadar testosteron. Testosteron sendiri berkaitan dengan hormon seksual lelaki.

Bagaimanapun kata Muthe, penyediaan minuman rebusan daun semalu sebagai ubat kuat lelaki tidak digalakkan pengambilannya setiap hari kerana boleh menjejaskan kesuburan. Sebaiknya amalkan 2 atau 3 kali seminggu. Maksima pengambilan yang disaran adalah 3 bulan saja.

Cara Penyediaan Ubat Kuat Daun Semalu

Hanya rebus segenggam daun semalu yang telah dibersihkan dalam satu atau dua gelas air. Kemudian tapis dan sejukkan pada suhu bilik. Minum ramuan ini setiap 2 atau 3 kali seminggu atau mengikut keperluan bagi meningkatkan prestasi kejantanan anda.

Semuga petua ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan.


Isnin, 6 Januari 2025

QAMA'S CAPSULE AND SEMALU CAPSULE DR NOORDIN DARUS SEXUAL HEALTH SUPPLEMENT'S

DND SPICE QAMA'S Capsule dan SEMALU Capsule adalah suplemen untuk kesihatan seksual  lelaki dan wanita tahun 2025 keluaran Dr Noordin Darus.

QAMA'S Capsule diperbuat dari formulasi 5 jenis rempah ratus iaitu cengkih, kopi arabica, ginkgo, buah pala dan badam. 

SEMALU Capsule pula terhasil dari adunan jitu 4 jenis rempah ratus iaitu semambu, kunyit, bawang putih dan bawang merah.

Manfaat QAMA'S Capsule

1.Formulasi mikro-nutrien berasaskan makanan yang tinggi aktiviti untuk meningkatkan kesihatan seksual lelaki mahu pun wanita. 

2. Memperkuatkan saraf dan saluran darah, melancarkan aliran darah dan impuls ke seluruh anggota badan.

3. Mempertingkatkan fungsi saraf dan sensivitinya.

4. Meningkatkan libido dan keghairahan shahwat 



Manfaat SEMALU Capsule

1. Merapatkan Miss V/ faraj

2. Merawat dan menghilangkan keputihan

3. Membantu mencegah jangkitan saluran kencing.


* Kapsul QAMA'S juga sesuai diambil oleh wanita yang bermasalah dingin seks atau kurang nafsu (unisex supplement)

Khamis, 5 September 2024

KHASIAT TANDUK RUSA UNTUK KESIHATAN LELAKI

Tanduk rusa jantan khususnya memiliki fungsi tersendiri kepada haiwan tersebut. Antaranya ialah:

1. Daya Pemikat Untuk Mengawan

Rusa yang mempunyai tanduk lebih besar mempunyai daya penarik yang lebih kuat terhadap lawan jantinanya. Lebih besar tanduk melambangkan kekuatan dan kesihatan yang lebih sempurna. Rusa betina lebih tertarik untuk berpasangan dengan rusa jantan bertanduk besar.

2. Mendominasi Dalam Pertarungan

Tanduk yang lebih besar dan bercabang banyaj menonjolkan dominasi dan kekuatan dikalangan kumpulan rusa jantan. Rusa jantan bertanduk besar dan bercabang banyak sering menguasai perlawanan dikalangan mereka.

3. Alat Mencari Rezki

Sebahagian rusa menggunakan tanduk sebagai alat mencari makanan. Rusa kutub misalnya menggunakan tanduk mereka untuk menggali ais bagi mencari lumut dan tumbuhan yang tertimbus di bawah lapisan ais @ salji

Baldu Tanduk Rusa

Baldu tanduk rusa ialah rerambut lembut iaitu pelindung yang menutupi tulang dan rawan tanduk haiwan tersebut yang baru tumbuh yang belum berkalsifikasi atau mengeras. Apa yang membuatkan tanduk rusa begitu istimewa ialah ia adalah antara tulang yang paling cepat tumbuh daripada mana-mana haiwan. Haiwan ini berupaya melupus dan menumbuhkan semula tanduknya setiap tahun.

Atas sebab ini baldu tanduk rusa muda banyak digunakan dalam amalan perubatan tradisional, terutamanya dalam perubatan tradisional Cina sejak beribu tahun dulu lagi kerana kaya dengan khasiatnya.

Baldu tanduk rusa mengandungi nutrien yang secara teori mempunyai manfaat kesihatan. Satu sampel baldu tanduk dari rusa sambar Formosan dari Taiwan didapati mengandungi pelbagai enzim dengan sifat antioksidan. Ini termasuk superoxide dismutase (SOD), katalase (CAT), dan glutathione peroxidase (GPX).

Selain itu tinjauan tahun 2013 mendapati bahawa tanduk rusa mungkin mempunyai beberapa sifat perubatan berkat kandungan asid amino dan peptidanya. Asid amino ialah blok binaan protein, manakala peptida ialah rantaian asid amino yang bersambung.

Penyelidikan yang lebih baru juga telah mengaitkan manfaat kesihatan baldu tanduk rusa dengan kandungan proteinnya. Pelbagai kajian tabung uji terkini turut menyokong tanggapan bahawa peptida protein daripada baldu tanduk boleh mempunyai ciri anti-radang, pengawalan imun dan menggalakkan kesihatan jantung. Baldu rusa juga mengandungi molekul organik yang dipanggil nukleosida, yang merupakan blok binaan DNA. Ini mungkin bertanggungjawab terhadap kesan anti-keletihan antler velvet yang disebut-sebut, amat baik untuk tingkatkan vitalitas dan tenaga.

Manfaat Kesihatan Tanduk Rusa

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam kesihatan umum

๐Ÿ‘‰Peningkatan bekalan dan peredaran darah Pengurangan tekanan darah

๐Ÿ‘‰Peningkatan tahap tenaga dan daya tahan tubuh. 

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam perkembangan dan kekuatan otot

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam fleksibiliti dan mobiliti sendi

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam pemulihan otot.

๐Ÿ‘‰Pencegahan dan pengurangan keradangan.

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam kesihatan seksual 

๐Ÿ‘‰Perkembangan sistem rangka

๐Ÿ‘‰Rangsangan fungsi sistem imun.

๐Ÿ‘‰Peningkatan dalam kesihatan mental

๐Ÿ‘‰Kesan anti penuaan

Video berkaitan di sini


Soalnya Adakah Baldu Tanduk Rusa Benar Benar Berkesan Untuk Kesihatan Sistem Reproduksi Lelaki?

Menurut penyelidikan sains moden, baldu tanduk rusa telah menunjukkan aktiviti gonadotropik, bermaksud ia memberi kesan terhadap testis dan juga ovari. Kajian oleh 2 penyelidik terkenal, Fisher dan Wang menunjukkan bahawa baldu tanduk rusa boleh meningkatkan tahap testosteron pada lelaki dan boleh membantu mencegah beberapa keadaan yang berkaitan dengan penuaan. Hormon estrogen yang paling terkesan oleh baldu tanduk rusa ialah estradiol dimana estradiol adalah pendahulu kepada testosteron.

Justru baldu tanduk rusa digunakan untuk meningkatkan libido, merawat disfungsi erektil atau mati pucuk dikalangan lelaki serta meningkatkan kesuburan sistem reproduksi. Secara tradisinya baldu tanduk rusa ini berkesan untuk memulihkan gangguan seksual pada lelaki seperti ejakulasi pramatang, air mani kurang pekat dan ED (mati pucuk).

Terdapat peningkatan jumlah bukti saintifik yang menyokong manfaat umum baldu tanduk rusa kepada manusia. Ini termasuk penyelidikan yang dijalankan di Rusia, Korea, China, Jepun, Australia dan New Zealand. Penyelidikan ini telah memberikan kredibiliti kepada penggunaan tradisional baldu tanduk rusa dan pengesyoran yang disahkan untuk dimasukkan sebagai suplemen kesihatan harian. Hampir 250 makalah telah diterbitkan sejak 1930 mengenai pembuatan, komposisi dan kesan biokimia baldu tanduk rusa.



Isnin, 2 Januari 2023

DND JANTANA UNTUK RAWATAN MATI PUCUK DAN KUATKAN LIBIDO NAFSU LELAKI

Supplemen DND Jantana, formula Dr Nordin Darus adalah khusus untuk rawatan masalah mati pucuk atau ED, kurang nafsu shahwat akibat rendah libido, hormon testosteron rendah dan juga penyakit prostate dikalangan kaum lelaki.

Kapsul Jantana DND Dr Nordin Darus ini bukanlah ubat kuat lelaki yang memberi kesan segera seperti kebanyakan ubat kuat ang terkandung di dalamnya bahan merbahaya dan terlarang yang boleh jejakan kesihatan khususnya buah pinggang. Sebaliknya pil Jantana DND ini merawat secara alami dan dalaman untuk memulihkan kembali fungsi seksual lelaki, mengendalikan ketegangan dan ereksi zakar seperti sediakala.

DND Jantana terhasil dari gabungan ramuan approdiasak yang telah diperakui keberkesanannya untuk kesihatan seks kaum lelaki iaitu terdiri dari Maca Root, Gokshura, Deer Antheler, L-Arginine, Citruline dan Zinc. 





 



TESTIMONI PENGGUNA JANTANA DND



* Setiap pelanggan DND Jantana perlu berikan nama penuh diri untuk tujuan rekod dan monitoring oleh Klinik Dr Noordin Darus

Khamis, 14 Oktober 2021

SENARAI UBAT KUAT DIHARAM KKM

Anda sedang mencari supplemen ubat kuat lelaki untuk ubati masalah kesihatan alat kelamin dan prestasi seksual anda tahun 2021 ini ?. Jangan putus asa. Allah menjadikan penyakit setelah menyediakan penawarnya. Setiap penyakit ada ubatnya termasuk "mati pucuk", kecuali kematian akibat kehilangan nyawa. Dalam pencarian ubat dan panawar kepada masalah kesihatan zakar atau alat kelamin, pastikan anda mendapatkan produk yang betul yang tidak membahayakan diri. Berikut ini adalah sebahagian ubat kuat yang merbahaya, haram dan tidak pernah mendapat kelulusan KKM kerana terdapat bahan terlarang seperti Sildenafil dan Tadalafil yang diluar kawalan. Mudah2n dapat menjadi rujukan dan dapat dimanfaatkan

1. Africa Black Ant – Sildenafil

2. Astirex Kapsul – Sildenafil

3. Bazooka Capsule – Sildenafil

4. Bio Rehmannia Plus 400mg Capsule- Tadalafil

5. Black Night Liquid – Sildenafil

6. Blue Moon Capsule – Tadalafil

7. Bull’s Genital Capsule – Sildenafil

8. Caligula Kapsul – Sildenafil

9. California Pure Candy B+ Complex Superfood –Fountain of Youth – Tadalafil

10. Cobra X Kapsul – Sildenafil

11. Emperor Huang Saint Medicine 800mg Capsule – Sildenafil

12. Epimedi Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog

13. Etumax Eurycoma Active Plus – Sildenafil

14. Extremen – Tadalafil/Hydroxythiohomosildenafil

15. Extrewomen – Tadalafil/Hydroxythiohomosildenafil

16. G-Bucks Kapsul/Ti. 054316531 – Sildenafil

17. Goji Plus Capsule – Sildenafil analog

18. Han Palace Capsule – Acetildenafil (Sidenafil Analogue)

19. Hard Ten Days Capsule – Sildenafil

20. Honeymoon – Sildenafil

21. Hot Pens Kapsul – Sildenafil Citrate

22. Hwang Di Shen Dan Capsule- Sildenafil Citrate

23. Ibnu Sinna- Sildenafil & Tadalafil

24. Jak-Ban – Sildenafil

25. Jamu Amat Kwat – Sildenafil

26. Jamu Gali-Gali – Sildenafil

27. Jamu Tongkat Sakti – Sildenafil & Dipyrone

28. Jinglida- Aminotadalafil

29. Kopi Rempah Cap Luwak Cobra- Sildenafil & Paracetamol

30. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate

31. Lak Gao 69 Capsule – Sildenafil Citrate

32. Lavaria Capsule- Sildenafil Citrate

33. Lion Gold APA Kapsul- Sildenafil Citrate

34. Oyster Plus Cap – Tadalafil

35. Long Hwa Tibet Tianxiong 100mg – Sildenafil

36. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil

37. Manovel Tablet – Tadalafil

38. Mantap Bro 1500mgSachet – Tadalafil

39. Maxman IV Capsule 3800mg – Sildenafil

40. Kuat Tahan Lama Serbuk- Sildenafil Citrate

41. Mentalk Candy – Aminotadalafil

42. Men’s King 6800mg Tablet- Sildenafil

43. ML Spring Return Capsule- Sildenafil analog

44. ML Viraken Capsule – Sildenafil analog

45. Neo Tasama Kapsul – Sildenafil citrate

46. N-Hanz – Homosildenafil

47. Obat Kuat dan Tahan Lama Khusus untuk Pria Dewasa Tablet – Sildenafil citrate

48. Obat Kuat Tahan Lama Gali-Gali Asli – Sildenafil

49. Obat Kuat Tahan Lama Pusaka Madu Ekstra Strong- Sildenafil &Paracetamol

50. Okura Capsule – Sildenafil Citrate

51. One Night 8 Times – Sildenafil

52. On Man Pembangkit Tenaga Perkasa- Sildenafil

53. Otot Madu Capsule – Sildenafil Citrate

54. LiLong Tablet – Sildenafil

55. Performa Epimedium – Tadalafil

56. Power 1 Walnut Tablet – Glibenclamide & Sildenafil

57. Power V Gold

58. Tongkat + Ginseng – Sildenafil

59. Primalex Capsule – Sildenafil analog

60. Pronoton Capsule – Sildenafil

61. Qian Jin Tri-Improve Capsule For Men – Methoxsalen

62. Qmax Capsule 350mg – Acetildenafil (Sildenafil analogue)

63. Raja Kuat Kapsul Sildenafil Citrate

64. Rama Stamin Capsule- Sildenafil Citrate

65. Ramuan Asy-Syifa – Sildenafil, Paracetamol

66. Red Ant Cream Tablet – Sildenafil

67. Sanomale Capsule – Tadalafil

68. Santi Bovine Penis Erecting Cap – Sildenafil

69. Sari Madu Capsule – Sildenafil Citrate

70. Serbuk Super Ramuan Tiongkok Kuno Chang San – Sildenafil

 71. Singha – Obat Kuat & Tahan Lama – Sildenafil

72. Spartan Capsule – Sildenafil analog

73. Sta-lions – Sildenafil

74. Stanson Capsule – Tadalafil & Sildenafil Citrate

75. Sunny Zang Wang Xiong Ying Dan Pil – Sildenafil Citrate

76. Sunny Zang Wang Xiong Ying Kapsul – Sildenafil Citrate

77. Super Jitu 5x Lebih Dahsyat Capsule – Sildenafil

78. Tanduk Rusa Kuat Lelaki Kapsul – Sildenafil Citrate

79. Teraza Capsule – Sildenafil Citrate

80. Tien Sun Pu Sen Jew Nang – Sildenafil &Tadalafil

81. Topmen Capsule – Sildenafil

82. Top One Capsule – Sildenafil Citrate

83. Trebest Plus Capsule – Acetildenafil (Sildenafil analog)

84. Tribulus Plus Capsule 400mg – Sildenafil analog

85. Tripoten Capsule – Tadalafil

86. Urat Dewa – Sildenafil

87. Urat Madu Kapsul – Sildenafil Citrate

88. Urat Perkasa Kapsul – Sildenafil Citrate

89. Urat Kuda – Sildenafil & Paracetamol

90. Urat Madu Black- Sildenafil & Paracetamol

91. Vegrow Cap – Sildenafil analog

92. Venergy Capsule 300mg – Sildenafil analog

93. Vitality Hotton Candy – Aminotadalafil

94. Viagra X – Sildenafil

95. Vimax Capsule – Sildenafil

96. VNG400 – Sildenafil analog

97. Xiangganglilongshengwe Tablet – Sildenafil

98. Xianggang Tianlong Shengwu 2000mg – Sildenafil

99. Xing Shi Jiu Cairan Obat Dalam – Sildenafil Citrate

100. XP Tongkat Ali Supreme Capsule – Tadalafil





Sabtu, 18 Julai 2020

TIP|PETUA SEKSUAL UNTUK LELAKI BERUSIA LANJUT


Seiring usia manusia, seks tidak lagi sama ketik usia 20 an, tetapi masih boleh memuaskan ketika menikmatinya. Bertentangan dengan mitos biasa, seks bukan hanya untuk golongan muda. Ramai warga emas terus menikmati seksualiti mereka hingga usia 80-an dan seterusnya. Kehidupan seks yang sihat bukan sahaja memuaskan, tetapi juga baik untuk semua aspek kehidupan termasuk mental.

Semakin usia lanjut, kadar testosteron menurun dan perubahan fungsi seksual adalah suatu yang lumrah. Perubahan fisiologi ini boleh merangkumi:

1. Keperluan untuk lebih banyak rangsangan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi dan orgasme


2. Orgasme lebih pendek/singkat
3. Ejakulasi kurang kuat dan pancutan air mani kurang
4. Masa yang lebih lama diperlukan untuk mencapai ereksi lain selepas ejakulasi/pancutan mani

Anda mungkin merasa risau dengan perubahan ini, tetapi ingatlah bahawa anda tidak perlu melupakan kenikmatan seks anda. Menyesuaikan diri dengan perubahan tubuh anda dapat membantu anda mengekalkan kehidupan seks yang sihat dan memuaskan. Sebagai contoh, anda mungkin perlu menyesuaikan rutin seksual anda untuk memasukkan lebih banyak rangsangan untuk lebih teransang dan gairah dengan mengambil supplement kesihatan yang perlu.


Tahap kesihatan anda boleh memberi kesan besar terhadap kehidupan seks dan prestasi seksual anda. Kesihatan yang buruk atau keadaan kesihatan yang kronik seperti penyakit jantung atau artritis, menjadikan hubungan seks dan hubungan intim lebih mencabar dan sukar.

Pembedahan tertentu dan beberapa ubat yang diambil seperti ubat tekanan darah, antihistamin, antidepresan dan ubat penyekat asid, boleh mempengaruhi fungsi seksual.

Tetapi jangan berputus asa. Anda dan pasangan boleh bereksperimen dengan cara untuk menyesuaikan diri dengan batasan anda.

Masalah emosi juga boleh mempengaruhi seksualiti anda tidak peduli usia berapa. Banyak pasangan yang lebih tua khususnya wanita melaporkan kepuasan yang lebih besar dengan kehidupan seks mereka kerana mereka mempunyai gangguan yang lebih sedikit, lebih banyak masa dan privasi dan tidak perlu risau tentang kehamilan.

Sebaliknya, beberapa orang dewasa yang lebih tua merasa tertekan oleh masalah kesihatan, masalah kewangan dan perubahan gaya hidup yang lain. Depresi dapat mengurangkan keinginan dan minat anda terhadap seks. Sekiranya anda merasa tertekan, berbincanglah dengan doktor atau kaunselor anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk mengekalkan kehidupan seks yang sihat dan menyeronokkan:

1. Berbincang Dengan Pasangan
Walaupun sukar untuk bercakap mengenai seks, berkongsi keperluan, keinginan dan kebimbangan anda secara terbuka dapat membantu anda berdua menikmati seks dan keintiman dengan lebih banyak lagi.

2. Temujanji Dengan Doktor
Doktor anda dapat membantu anda menguruskan keadaan kronik dan ubat-ubatan yang mempengaruhi kehidupan seks anda. Sekiranya anda menghadapi masalah mengekalkan ereksi, tanyakan kepada doktor anda mengenai rawatan.

3. Temui Pakar Terapi Seksual
Ahli terapi mungkin dapat membantu anda dan pasangan anda dengan masalah tertentu. Tanya doktor anda untuk rujukan tindakan.

4. Luaskan Pemahaman Seks Anda
Pergaulan adalah satu-satunya cara untuk menjalani kehidupan seks yang memuaskan. Menyentuh, mencium dan hubungan intim yang lain dapat memanfaatkan anda serta pasangan.

Seiring usia anda, adalah normal bagi anda dan pasangan anda mempunyai kemampuan dan keperluan seksual yang berbeza. Bersikap terbuka untuk mencari cara baru untuk menikmati hubungan seksual dan keintiman.

5. Sesuaikan Rutin Anda
Sedikit ubah suai dapat meningkatkan kehidupan seks anda. Ubah waktu hari anda melakukan hubungan seks, memilih masa ketika anda mempunyai tenaga yang paling banyak. Cubalah waktu pagi ketika anda segar bangun dari tidur dan bukannya pada waktu2 yang kurang sesuai untuk anda.

Satu saranan terakhir untuk mengekalkan kehidupan seks yang sihat ialah dengan menjaga diri anda agar sentiasa sihat seboleh mungkin dengan amalan berikut:

1. Amal pemakanan yang sihat bagi merangsang testosteron/libido
2. Bersenam secara berkala
3. Elakkan minuman alkohol
4. Jangan merokok
5. Sentiasa bertemu doktor jika ada masalah kesihatan.

Semuga tips ini akan membantu.

Rabu, 27 November 2019

KEBAIKAN AMERICAN GINSENG KEPADA KESIHATAN


Walaupun pelbagai jenis ginseng mempunyai ciri-ciri yang berbeza, tetapi pada umumnya ginseng mempunyai sebatian aktif yang dianggap memainkan peranan penting dalam keberkesanan tumbuhan ini. Kompaun aktifnya ialah ginsenosides.

Fakta Mengenai Ginseng Amerika

Ginseng Amerika sering digunakan untuk meningkatkan sistem imun, mengatasi selsema dan dan melegakan tekanan. Ada juga yang menggunakan ginseng untuk meningkatkan selera makan dan memperbaiki sistem pencernaan. Malah ginseng Amerika juga dikatakan baik untuk merawat berbagai jenis penyakit seperti diabetes, anemia, insomnia, demam, disfungsi ereksi, kanser, sakit sendi, pening, kehilangan ingatan, dan HIV / AIDS.

1. Disfungsi Erektile/Lemah Tenaga Batin
Bagi lelaki yang mengalami masalah ini, ginseng boleh dimakan,minum sebagai "ubat kuat". Anda boleh amalkan mengambil Ginseng 2 atau 3 kali seminggu dan lihat kesan positifnya.

2. Ejakulasi Pramatang/Pancutan Awal
Satu kajian mengatakan bahawa mengamal ekstrak ginseng pada dos 350 mg selama 8 minggu dapat meningkatkan fungsi seksual lelaki. Keberkesanan ginseng dipercayai baik untuk meningkatkan kesihatan seksual lelaki.


3. Menopaus
Ginseng dapat memperbaiki keadaan kesihatan dan kepuasan seksual wanita yang memasuki menopause. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita postmenopausal yang menggunakan ekstrak ginseng, menunjukkan kepuasan seksual yang lebih baik dan mengadu kurang mengalami kemurungan atau gangguan mood. Ginseng juga boleh meningkatkan tahap antioksidan dalam wanita menopaus.

4. Fungsi mental
Bagi anda yang sudah berusia 40 an ke atas, anda boleh mencuba mengambil 200-400 mg ginseng sehari, selama 12 minggu. Berdasarkan penyelidikan, ginseng dapat meningkatkan fungsi mental, seperti meningkatkan daya pemikiran dan kemampuan pemikiran abstrak. Ginseng juga dipercayai meningkatkan ingatan pada orang berusia 38 hingga 66 tahun, jika diamal bersama dengan ekstrak daun ginkgo biloba.

5. Penyakit Alzheimer
Mengambil 4.5-9 gram ginseng ekstrak setiap hari selama tiga bulan mungkin meningkatkan keupayaan mental bagi pesakit bermasalah Alzheimer.

6. Penyakit Paru-Paru
Bagi anda yang mempunyai masalah paru-paru, terutamanya penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), anda boleh mencuba makan 100 mg hingga 6 gram ginseng tiga kali sehari, selama 3 bulan. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan aktif dalam ginseng dapat meningkatkan kesan antioksidan pada paru-paru yang dapat memperbaiki gejala COPD.

7. Flu
Mengambil ginseng boleh mengurangkan risiko teruk akibat selsema.

8. Multiple Sclerosis
Mengambil ekstrak ginseng boleh menghalang pembiakan penyakit dan mengurangkan gejala yang dirasakan oleh orang yang mempunyai multiple sclerosis.



Rabu, 14 Ogos 2019

TANAMAN GUARANA - PELUANG BUAT DUIT DI MALAYSIA TAHUN 2019

Tumbuhan Guarana telah sekian lama dikenali sebagai sumber aprodiasak iaitu herba yang banyak digunakan dalam pembuatan supplemen dan minuman perangsang tenaga manusia khususnya kaum lelaki. Pokok yang berasal dari Brazil ini amat banyak manfaatnya untuk kesihatan. Justru permintaan terhadap ekstrak Guarana di pasaran dunia hari ini begitu tinggi, menyebabkan harganya sangat mahal. Ini merupakan satu peluang menjana pendapatan buat para petani di Malaysia untuk mengusahakan tanaman ini yang kini mendapat galakan dari kementerian berkaitan kerana kesesuaian iklim dan komposisi tanah menyamai tanah, tempat asal tanaman ini.

Biji Guarana yang unik, seperti mata alien ada ceritanya

Guarana berkeupayaan bertindak sebagai:
  1. Analgesia : Mengurangkan kesakitan.
  2. Antiseptic : Mencegah jangkitan.s
  3. Afrodisiak : Mengembalikan keupayaan dan nafsu seks.
  4. Astringen : Mengurangkan rembesan badan
  5. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  6. Astringen : Mengurangkan rembesan badan.
  7. Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
  8. Kardiotonik : Menguatkan jantung.
  9. Agen hipotemia : Meredakan demam.
  10. Nervine : Menguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf.
  11. Pencahar : Mengosongkan kandungan usus.
  12. Perangsang : Merangsangkan kegiatan otak dan badan.
  13. Tonic : Menguatkan badan serta menghindari penyakit, terutamanya penyakit kronik.
Sejauh mana kah hasil dan untung jika mengusahakan tanaman ini?. Berikut adalah congakan kasar hasil pendapatan para petani jika beralih kepada tanaman Guarana.

Tanaman guarana berpotensi jana pendapatan sebanyak RM250,000 setiap ekar, harga sekilo biji Guarana pula boleh mencecah hingga RM200 (laporan Risda menerusi artikel SarawakVoice).

Projek tanaman guarana di Malaysia mendapat permintaan tinggi di Taiwan, Korea, Jepun malah Amerika Syarikat juga menyatakan hasratnya untuk berminat mahu mengimport Guarana selain ia juga diperlukan dalam industri minuman/supplemen tempatan.

Fakta menarik tentang tanaman Guarana yang akan dilaksanakan di Malaysia
  • Guarana merupakan tanaman asal dihutan Amazon, Brazil beriklim khatulistiwa seperti Msia
  • Sukar diserang serangga perosak kerana daunnya pahit
  • Tempoh jangka hayatnya boleh hidup sehingga 20 tahun
  • Tumbuh dengan ketinggian maksima 10 kaki
  • Menghasilkan buah sebanyak 20kg hingga 40kg sepokok
  • Tempoh menuai pertama kali selama 14 bulan dan 2 kali tuaian setahun pada tahun berikutnya
  • Kos baja organik sebanyak RM700 setahun untuk 1 ekar
  • Boleh ditanam 300 pokok dalam seekar tanah dengan jarak 10'-12' setiap satu
  • Bersesuaian ditanam pada tanah yang ditanam sawit dan getah (PH tanah 4.5 - 5.5)
  • Jaminan belian balik buah pada harga RM 80/Kg dan daun RM 30/Kg oleh pihak RITZ
  • Kos anak pokok hanya RM 50 satu berbanding pendapatan yang bakal diperolehi
  • Mampu menjana pendapatan kasar sekitar RM 480,000 - RM 960,000 seekar sekali tuaian
  • Permintaan yang tinggi keatas produk Guarana terutama ekstrak untuk minuman isotonik dari negara eropah dan tepung guarana dari China

Kiraan Kasar Hasil Pendapatan Tanaman Guarana di Malaysia

1 Kg Biji Benih = RM 5,000
1 Kg Biji Benih = 700 biji jumlahnya
1 Ekar = 300 pokok tanaman

Mulai berbuah diusia 14 bulan (1 tahun 2 bulan)
Tempoh Matang 4 tahun
Tuaian 2 kali setahun hingga 20 tahun
Jumlah buah sekitar 20 Kg setiap pokok (purata)

Harga Jual
1 Kg buah = RM 80.00+
1 Kg daun = RM 30.00+

Kiraan Jumlah Hasil Pendapatan Seekar:

20 Kg x RM 80 x 300 pokok = RM480,000.00 (anggaran pendapatan kasar sebelum ditolak kos penyelenggaraan).

Hampir setengah juta Ringgit Malaysia tu bagi setiap ekar. Bagaimana kalau anda mempunyai tanah luas melebihi 1 ekar?. Lumayan bukan? Nah..pekebun kecil kelapa sawit dan getah yang pokoknya sudah tua, boleh lah berfikir untuk beralih ke tanaman Guarana ini!

Tonton Pautan Video ini untuk maklumat selanjutnya tentang cara untuk memulakan tanaman ini!

Isnin, 5 Ogos 2019

URUT TENAGA BATIN LELAKI MAK EROT

Banyak iklan perkhidmatan pakar atau tukang urut masalah alat kelamin lelaki ditemui di media sosial, baik tukang urut di Perlis, Kedah hingga lah ke Sabah dan Sarawak. Malah semua menyatakan memberi urutan pemulihan tenaga batin terbaik. Di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Kinabalu mau pun Kuching, tawaran tukang urut untuk ubati masalah seksual lelaki pasti ada yang diiklankan dan ditemui.

Tapi pernah kah anda tahu tentang kehebatan seorang wanita, pakar urut dan terapi zakar dan masalah kelelakian paling terhebat dan ampuh?. Wanita Indonesia bernama Mak Erot ini, kini telah menjadi lagenda dan amat dikenali khususnya di Indonesia. Berikut adalah kisahnya.

Lelaki yang bermasalah alat kelamin, amat ramai yang berkunjung ke rumah wanita Indonesia ini. Samada mereka menghadapi lemah tenaga batin, mati pucuk, kurang nafsu seksual, pancutan pra-matang (ED) mau pun yang memikiki saiz zakar yang kecil/pendek dan ingin membesar atau memanjangkan alat kelamin mereka, rumah wanita satu inilah yang menjadi tumpuan. Hadirnya Mak Erot, tentu para lelaki yang mendapat khidmatnya tidak perlu lagi mengambil supplemen ubat kuat lelaki.

Nama penuh Mak Erot ialah Hajah Erot binti Muntasya atau di Indonesia sering dipanggil sebagai Emot Erot, sudah kembali ke Sang Penciptanya. Umur Mak Erot ketika meninggal dunia dikatakan lebih dari 130 tahun. Namun tidak diketahui dengan pasti umur sebenar wanita yang namanya terkenal sebagai pemulih kejantanan para lelaki yang bermasalah dengan alat kelamin.


Mak Erot telah menjadi satu legenda, baik di Indonesia maupun di luar negara. Beliau sangat sangat popular sebagai pakar terapi untuk alat kelamin lelaki, walau pun beliau seorang wanita. Maka tidak hairanlah ramai lelaki datang ke rumahnya di Gunung Baru Pasir, Kampung Cigadog, Kampung Caringin, Daerah Cisolok, Kabupaten Sukabumi, Indonesia. Walau pun jalan masuk ke kediaman Mak Erot masih merupakan laluan jalan tanah merah dengan batu batu kerikil, malah perlu pula melalui kawasan curam sejauh kira-kira 16 kilometer dari Pelabuhan Ratu, namun pengunjung tidak putus putus sampai ke rumahnya.

Disebabkan terlalu ramai lelaki bertali arus datang ke untuk mendapatkan rawatan perubatan, akhirnya isteri kepada Bo'i bin Asbandini ini terpaksa meminta bantuan semua cucu cucunya untuk membantu proses rawatan. Mak Erot telah mewariskan ilmu yang dikuasainya dengan izin Allah, kepada para cucu cucu beliau. Mereka ini ikut menawarkan perkhidmatan kepada lelaki yang memerlukan bantuan, tidak hanya di Sukabumi malah juga di kota metropilitan Jakarta.

Salah satu cucu Mak Erot iaitu Syaifulloh telah membuka pusat perkhidmatannya di kawasan Kebon Sirih, Jakarta Pusat. Menurut Syaifulloh, kira kira 40 hari sebelum Mak Erot menghembuskan nafas terakhir, seluruh keluarga termasuk beliau telah bermimpi bahawa Mak Erot telah diambil oleh sekumpulan orang yang berpakaian putih. Mimpi itu ternyata benar benar berlaku, Mak Erot meninggal dunia di ruang depan dalam rumahnya yang luas. Sebelumnya beliau dirawat di Hospital Pelabuhan Ratu selama seminggu dan meninggal setelah beberapa hari kembali di rumah.

Menurut Syaifulloh, sebelum kematian neneknya itu, Mak Erot telah meminta seluruh keluarganya berkumpul dan mewasiatkan agar semua cucu cucunya meneruskan perkhidmatan urutan berkenaan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Nenek beliau juga berpesan agar semua rezeki yang diperoleh dari hasil derma ramai, sebahagiannya perlu disumbangkan kepada masjid dan sekolah agama berasrama.

Jadi mengikut kehendak neneknya, rawatan kejantanan tersebut mesti diteruskan. Pewaris Mak Erot akan terus memberi perkhidmatan urut gaya Mak Erot. Walaupun Mak Erot telah tiada, kualiti rawatan dijamin tetap berkesan kerana semua keturunan Mak Erot telah mewarisi ilmu yang dimiliki oleh Mak Erot. Pasangan Hajjah Erot binti Muntasya dan H Bo'i bin Asban mempunyai tujuh orang anak, iaitu Hj Khonijah, Abad (meninggal), Itak (meninggal), H Thobi, H Uyat, Hj Ainah, dan H Nahmin. Malah ke semua anaknya masing masing telah berkeluarga dan mempunyai anak anak (cucu mereka).